BAB 2

Romance Completed 8177

“ Ini berapa kak?”

“ Sebab hari ni hari ke-100 kami beroperasi, dan adik pula pelanggan ke-10 kami, kek ni free untuk adik,”

Buntang mata gadis itu saat mendengar bicara tersebut. Mulutnya terlopong, tidak percaya. Bukan murah harga kek yang ingin dibeli olehnya! Sebiji kek yang dibeli untuk menyambut ulang tahun persahabatan mereka berempat.

“ Betul ke akak? Akak main-main dengan saya erk?” Asyadhia menayang sengihnya. Tetapi, perempuan di hadapannya menggelengkan kepala. Tanda dia tidak berbohong. Apatah lagi untuk bermain-main dengan Asyadhia.

“ Kak, harga kek ni dekat RM50 tau! Akak jangan main-main pulak,”

“ Laa.. adik ni.. akak seriouslah! Kalau tak nak, akak bagi kat orang lain je,”

“ Eh.. naklah kak! Ibu saya kata, rezeki jangan ditolak, menyesal tak

berguna nanti, terima kasih akak, lain kali boleh belanja lagi! Bye akak! Merci de amor!!” Asyadhia melambai-lambaikan tangannya kepada pengurus kedai tersebut. Hatinya berbunga riang. Tidak sabar untuk berkongsi rezeki dengan teman-teman.

Lelaki itu senyum riang. Senang pabila rancangannya membuahkan hasil. Dia turut melemparkan senyuman buat pengurus kedai yang telah membantu untuk melaksanakan rancangannya. ‘Move to the next step!’

“ Wei.. ya ke? Untungnya kau! Kalaulah aku dapat, tentu aku beli banyak-banyak tadi. Waahhh.. tak mampu aku bayangkan nikmatnya makan kek-kek free tu..!! Tiramisu, cheese, blackcurrant, coklat, keladi.. oh my! Air tangan abang handsome tu lagi! Awesome!”

“ Woi! Kau melalut apa ni? Asyik abang handsome tu aje yang disebutnya!” bahu Azira ditolak. Azira sengih. Satu potong kek disumbat lagi ke dalam mulutnya sambil membuat muka teruja.

“ Waa.. abang handsome!!” kali ini, kepala Azira pula menjadi mangsa sekehannya. Geram sungguh dengan tingkah temannya itu. Jiwang tak kira tempat!

“ Alaa.. kau janganlah kacau feel aku! Nak imagine abang handsome tu pun susah! Isyh!”

“ Dah kau melalut!”

“ Kau jealous ek?”

“ Tak ada maknanya aku nak jealous okey?”

“ Yalah sangat. Tak nak mengakulah tu..”

“ Woi! Makan tak hengat!” Asyadhia dan Azira sama-sama mengalihkan pandangan ke arah Zara dan Faralyna. Kedua-duanya sengih bak kerang busuk di kedai Pak Samad. Mulut Zara pula comot dengan krim kek. Asyadhia memandang kek yang tinggal sepotong.

“ Korang makan ke apa ni? Rakus sangat!” soal Azira.

“ Dah korang nak bergaduh sangat. Aku sumbat sajalah semua kat dalam mulut. Tak perasanlah pulak terover sumbat. Kan Lyna kan?” Faralyna angguk bak burung belatuk.

“ Agak-agaklah mak cik. Aku baru makan dua potong kot.. Ni yang aku start nak touching ni,” Asyadhia buat muka kesian.

“ Alaa.. esok pergi lagi. Buat muka kesian. Untung-untung dapat free lagi. Confirm si abang handsome tu cair dengan kau!” usul Faralyna.

“ Gila kau! Si Dhia ni nak buat muka comel depan abang tu? Memang taklah! Muka tak ada perasaan je perempuan ni!”

“ Agak-agaklah, kau kutuk tuan dia dekat sini je wei..” perang mulut antara mereka makin riuh.

“ Betul apa. Abang tu bukan main lagi senyum menampakkan lesung pipit dia yang menawan tu. Ohh..”

“ Shut up la Zira! Aku jaga hatilah wei.”

“ Yalah. Yalah. Jaga hati untuk tunang kesayangan kau tu, kan?” Asyadhia tayang gigi yang tersusun rapi.

“ Kau ni, sayang orang yang kau tak pernah jumpa. Entah-entah dia rongak ke, dah beruban ke, apa ke..”

“ Agak-agak sikit ya mak cik. Takkanlah ibu aku nak pilih yang macam tu pula untuk aku. Tapi, sekurang-kurangnya, bertunang ni buat aku tahu batas aku. Hati aku, aku kena jaga. Tu amanah dari dia. Mana boleh aku mungkir janji,”

Azira senyum. Tidak mampu meluahkan bicara lagi. Ketiga-tiga mereka sudah sedia maklum akan status sebenar Asyadhia. Asyadhia bertunang dengan pilihan keluarga sejak tahun pertama lagi. Lelaki itu khabarnya masih menuntut di Jordan, dan kerana itulah Asyadhia tidak pernah bersua dengan tunangnya. Bukan tiada lelaki lain yang cuba mendekati, tetapi Asyadhia tidak lelah menolak secara baik. Katanya, hati dia buat bakal imamnya. Lelaki pilihan keluarganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience