BAB 3

Romance Completed 8177

Asyadhia menapak ke dalam kedai tersebut. Ditinjau-tinjau kek kegemarannya yang biasa disusun sederet dengan kek-kek lain.

“ Alamak! Takkan dah habis?” dia menggigit bibir. Sedikit terkilan melihat kek digemari tiada di situ seperti kebiasaannya.

“ Tiramisu ke, awak?” Asyadhia berpaling ke arah suara yang bertanya. Saat mata mereka bertentangan, pantas Asyadhia menundukkan pandangan.

“ D.. dah habis ke?” soalnya sedikit gugup. Lelaki itu senyum.

“ Ha’a. cepat pula habisnya. Kalau tak, mungkin saya boleh tolong simpankan untuk awak tadi,”

“ Erm.. tak apalah. Bukan rezeki saya hari ni. Pergi dulu. Assalamualaikum,”

“ Waalaikumussalam,”

Asyadhia masih meneruskan aktiviti ‘window shopping’ nya. Setiap kedai menjadi perhentiannya. Hari ini, dia bersendirian. Azira dan Faralyna punya latihan bola jaring. Zahira pula punya kelas tambahan. Selepas satu jam, barulah dia melangkah ke bangunan yang menempatkan rumah sewa mereka. Sempat dia menyapa pengawal keselamatan bangunan tersebut sebelum singgah di kawasan yang menempatkan peti surat untuk setiap rumah. Asyadhia membuka peti surat rumahnya, dan dia tergamam.

“ Allah.. apa pulak ni?” tangannya mengambil beg kecil tersebut. Tertera namanya di situ. Dia mengintai ke dalam beg kecil itu untuk melihat isinya.

“ Kek?” sebiji kek tiramisu yang diletakkan di dalam bekas berbentuk hati dikeluarkan.

“ Kad pulak?” gumamnya sendiri.

‘Enjoy the piece of this cake. I know it is your favourite. That’s why everyday I make it. Don’t be upset anymore okay? There are still more tiramisu for you. Everyday. insya-Allah. –KA-’

Asyadhia mengerut dahi. KA? Siapakah gerangannya? Asyadhia mula mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Kad tadi diletakkan di dalam beg. Sesampainya di rumah, kek itu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Dia mahu menunaikan solat dan berehat seketika sementara menunggu teman-teman yang lain pulang.

“ Dhia, kek tiramisu kau ke kat dalam peti tu?” soal Zara sewaktu mereka bersantai di hadapan televisyen.

“ Ha’a, kek petang tadi. Ambillah kalau nak,”

“ Kau ni Ira.. Macamlah tak tahu empunya kek tu. Hari-hari duk makan kek yang sama,” Asyadhia sengih mendengar bicara Azira.

“ Kedai abang handsome tu tukar bekas ke? Strategi baru pulak erk?” tanya Faralyna sambil menyuap secebis tiramisu yang dibawa oleh Zara tadi ke dalam mulut. Asyadhia angkat bahu, tanda tidak tahu.

“ Cantik juga bekas bentuk hati tu, kan? Tu mesti idea abang handsome tu, kan? Waahh.. mesti dia romantik gila!” Azira sudah mula berangan-angan. Nampak ke‘miang’annya di situ apabila asyik memuji-muji lelaki lain meski sudah memilik jantung hatinya sendiri.

“ Hari-hari kau makan tiramisu sampai aku sendiri naik kematu. Tak muak ke, Dhia?” Asyadhia pantas menggelengkan kepala. Pandangannya langsung tidak beralih daripada memandang skrin televisyen yang sedang menyiarkan wajah Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha dalam drama Ruby.

“ Abang tu pulak hari-hari buat tiramisu. Tak puas pulak dia kan? Walaupun kadang-kadang, dia ubahlah juga menu tu, tapi tiramisu tetap ada. Siap minah ni boleh beli setiap hari lagi,” Zahira membebel.

Asyadhia berhenti memasukkan jajan ke dalam mulutnya. Akalnya mula menjalankan tugas. Ada satu kemungkinan yang bermain di dalam kepalanya.

“ Aisy! Tak mungkinlah!”

“ Apa yang tak mungkinnya?

“ Ha? Eh..! Tak ada apa-apalah. Aku masuk bilik dululah,”

“ Aik? Habis abang Sharnaaz kau ni?”

“ Nak buat apa? Cinta hati aku kan dah ada kat sini dah!” Asyadhia meletakkan tangan di dada. Sengihan lebar ditujukan khas buat teman-teman tercinta.

“ Dahlah. Berjiwang pulak kau malam-malam ni,”

Asyadhia ketawa lantas menapak masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Faralyna. Beg sandangnya diambil. Kad warna biru muda itu dikeluarkan. Dibaca isinya berulang kali untuk memastikan telahannya tidak silap.

“ Memang dia! Sah! Memang dia orangnya. Tak apa Dhia! Esok kau pergi tanya dia sendiri!” Asyadhia menggigit bibirnya.

“ Tapi, kau mampu ke Dhia? Nanti tergagap-gagap pulak!” Asyadhia mengetuk kepala sendiri.

Siapa yang tidak akan terpana tika bersua empat mata dengan jejaka tersebut. Bodoh jika dia mengatakan bahawa hatinya tidak tergugat saat melihat seraut wajah itu. Tipu jika dia menyatakan bahawa jantungnya tidak berdetak tika memandang senyuman yang terukir di bibir itu. Dia juga wanita yang kadangkala mudah terjatuh cinta. Saat pertama kali bertentang mata, sudah ada getar yang bermain di jiwa. Tetapi, dia sedar, hatinya telah lama dimiliki oleh sang dia. Dia yang menjadi pilihan orang tua. Kerana itu jugalah dia cuba untuk membuang segala rasa yang mahu wujud untuk lelaki itu. Satu keluhan dilepaskan.

“ Ya Allah.. bilakan tiba waktunya untuk kami bersua dan menyelesaikan ini semua? Aku tidak tahu hatinya. Bimbing aku, ya Rabb.. agar aku tidak tersalah langkah,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience