BAB 5

Romance Completed 8177

“ Ibu.. Asya kan masih belajar. Hari tu pun diorang dah setuju nak tunggu Asya habis belajar dulu. Kenapa tiba-tiba ubah syarat?”

Asyadhia melepaskan keluhan kecil. Dua hari lepas, dia telah mendapat panggilan daripada ibu. Memaklumkan perihal keluarga si lelaki yang telah mengubah tempoh yang sepatutnya untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Dah hilang akal ke?!

“ Khalish kena bertugas dekat Jordan untuk beberapa tahun. Jadi, dia tak nak tangguhkan perkahwinan korang lagi lama daripada apa yang dirancang. Terima sajalah, Asya. Tak bermakna kamu kena ikut Khalish ke Jordan bila dah kahwin nanti,”

“ Habis tu? Dia nak tinggalkan Asya sorang-sorang kat Malaysia lah? Baik tak payah kahwin, bu. Kahwin dengan tak kahwin sama je,” ujar Asyadhia, sedikit memberontak.

“ Ibu percaya Khalish lebih tahu apa yang terbaik untuk korang,” Asyadhia bungkam. Untuk apa hubungan ini diteruskan andai dia sendiri tidak diberi peluang dalam menentukan kisah hidupnya?

“ Terserahlah bu.. Ibu dan keluarga abang Khalish buatlah apa yang korang rasakan terbaik. Asya terima je. InsyaAllah,”

Asyadhia bangkit dari duduk, meminta diri untuk ke biliknya. Tingkap bilik dibuka. Kegelapan malam yang ditemani sang rembulan dan bintang-bintang yang berkerlipan di dada langit seakan tidak mampu menenangkan sekeping hati miliknya.

“ Ayah, Asya percaya dan yakin dengan segala apa yang telah Allah takdirkan untuk Asya. Asya terima semuanya andai beginilah cara jodoh Asya sampai, ayah.. Ayah, doakan Asya ya? Asya rindu ayah. Asya sayang ayah,”

Asyadhia menyapu mutiara jernih yang mula membasahi pipinya. Siapa sangka dia akan mempertaruhkan masa depannya buat lelaki yang langsung tidak dikenali? Cukupkah dengan hanya mengenali keluarga bakal suaminya sahaja? Bagaimana pula dengan tunangnya yang belum pernah ditemui? Bahkan sekeping gambar pun tidak diberikan kepadanya. Asyadhia senyum kelat. Jika ini perjalanannya, akan ditempuhi jua meski pahit. Walau di hati sudah berdetak rasa untuk lelaki yang kian menyerikan hari-harinya, tetapi Asyadhia tahu, ada insan lain yang lebih berhak ke atas hatinya. Ya, siapa lagi jika bukan tunangnya sendiri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience