Bab 7

Romance Series 12081

Bab 7

Elina membetulkan lilitan instant shawl nya. Dia hanya berpakaian ringkas sajaha. Selepas bertemu dengan Puan Sri Fida, dia berencana ingin berbasikal.

"Pin...pin..."

Elina terkocoh-kocoh keluar dari rumahnya lalu menyarung kasut di kakinya. Dia mengunci pintu rumah lalu mengorak langkah mendekati kereta Syahrul.

Elina membuka pintu kereta perlahan-lahan. "Assalamualaikum." Sapanya.

"Walaikumsalam. Eh, apasal kau pakai macam ni?" ucap Syahrul. Elina mengerutkan keningnya.

"Apa salah ke?"

"Salahlah! Warna pakaian kau tu sama dengan aku. Dah tu kau pakai tshirt polo pula. Kau ni memang nak sedondon dengan aku ke apa?"

Elina memetik jarinya dihadapan Syahrul. "Hello Mr Syahrul! Saya tak jangka akan pakai warna dan tshirt yang sama macam awak. Kalau saya tahu awak nak pakai warna biru, saya lebih rela pakai jubah hitam awak tahu?"

"Eleh... cakap besar. Piiiraah! Dah, pakai set belt cepat. Takkan itu pun nak aku ajar."balas Syahrul dingin.

Puan Sri Fida menyambut mesra kedatangan anaknya dan Elina. Melebar senyuman dia apabila melihat pasangan itu. "Kamu berdua ni baru balik dating ke?"serkap Puan Sri Fida.

Elina pantas menggeleng. Dating? Dengan mamat ni? Oh god!

"Rul baru balik dari racing dengan member. Lepas tu ambil Elina ni." jawab Syahrul sambil memandang Elina.

"Rul, Elina, papa dah menunggu di meja makan. Jom kita makan dahulu." Syahrul hanya mengikut tanpa kata. Elina pula yang naik segan. Kali kedua dia menjejakkan kaki ke rumah besar ini.

Tan Sri Sufian yang leka bersama tabletnya tersentak apabila isterinya mencuit bahunya. Dia menoleh ke sebelah. "Oh, inilah Elina yang awak ceritakan tu yer?"

Puan Sri Fida mengangguk. "Lawa kan budaknya , bang?" Tan Sri Sufian mengangguk. Elina menunduk malu.

"El, duduklah. Sampai bila nak berdiri." Syahrul berbisik rapat di telinga Elina. Elina tersedar. Dia duduk di kerusi yang ditarikkan oleh Syahrul buatnya.

Mereka berempat menjamu selera bersama.

Setelah selesai makan tengahari, Elina membuntuti Puan Sri Fida ke ruang tamu. "Ini penyata akaun persatuan dan beberapa perkara lain. Harapan aunty , Elina dapat membantu aunty dalam masalah ini."

"InshaaAllah. Kebenaran pasti terungkai." balas Elina sambil menepuk belakang tapak tangan Puan Sri Fida.

"Elina, keluarga Elina tinggal dimana?"

Elina tersenyum hambar. "Lina dah tak ada mak ayah semenjak usia 18 tahun. Mereka terlibat dalam kemalangan." Air mata yang bergenang pantas diseka. Tiba-tuba rindu pada mak dan ayahnya menjengah.

Puan Sri Fida menggigit bibir. "Sorry aunty tak tahu."

Elina menggeleng. "No matter aunty."

"Saudara yang lain?" tika itu Syahrul melabuhkan punggung di sofa berhadapan Elina. Dia memandang wajah mamanya dan Elina silih berganti. Ada sesi temuduga ke apa ni?

"Lina ada seorang abang. Dimana keberadaannya sekarang Lina tak tahu. Puas Lina mencari merata-rata tapi tetap tidak membuahkan hasil. Abang tinggalkan Lina setelah berkahwin. Lina hidup seorang diri sahaja sekarang ni. Tiada apa yang tinggal pada Lina. Harta tiada, rumah peninggalan arwah abah pun sudah tiada." cerita Elina panjang.

Puan Sri Fida sebak mendengarnya. Syahrul yang jadi pemerhati hanya mendiamkan diri sahaja. Dia juga turut sebak mendengar kisah hidup gadis itu.

"Jadi kalau Elina nak berkahwin, perlu guna wali hakim lah ni?" sampuk Tan Sri Sufian.

"Err... mungkin." jawab Elina.

"Kalau macam tu, baik kita percepatkan aje majlisnya. Tak perlu bertunang, nikah aje terus. Betul tak bang?" Ujar Puan Sri Fida.

Syahrul memandang mamanya. "Siapa yang nak kahwin?"

"Lah... kamu berdualah. Buat apa bercinta lama-lama. Tak manis. Kalau dah asyik nak berkepit macam belangkas, teramat baguslah nikahkan aje terus. Kamu jangan nak membantah pulak Rul, tak kesian ke dekat Elina ni?" tegas Puan Sri Fida.

"Ma, apa semua ni? Rul dengan Elina...."

"Rul, selama ni dady diamkan aje perangai Rul yang suka berfoya-foya diluar sana. Tapi bila Rul dah ada pilihan, buat apa menunggu lama? Ingat sikit umur Rul tu dah nak masuk 30 tahun. Kamu jangan nak main-mainkan perasaan anak orang Rul." Tan Sri Sufian bersuara.

Elina terasa pening menyerang kepalanya. Apa yang berlaku ni? Kenapa aku terbabit sama? "Aunty, sebenarnya Lina....."

"Lina... tolonglah setuju yer. Aunty berharap sangat pada Elina. Sekurang-kurangnya bila Elina dah kahwin, ada orang yang akan jaga dan lindungi Elina. Elina dah tak keseorangan lagi. Tak perlulah lama-lama sangat nak bercinta." pujuk Puan sri Fida.

"Dady, mama, Rul dengan Elina ni sebenarnya....."

"Dady tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Ingat manis ke keluar dengan anak dara orang tanpa sebarang ikatan?"

Elina semakin bingung. Kepalanya tiba-tiba terasa berdenyut. Dia sudah cuba menjelaskan salah faham ini tetapi asyik di celah oleh Tan Sri Sufian dan Puan Sri Fida. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang. Syahrul mengikuti langkahnya keluar dari rumah banglo itu.

"Awak.... macam mana ni?" Elina melaga-lagakan jemarinya. Dia memandang wajah Syahrul.

Terpancar jelas kekusutan di wajah lelaki itu. Silapnya juga kerana menggunakan Elina untuk melepaskan diri dari mamanya tempoh hari sehingga mamanya tersalah anggap. "Aku pun tak tahulah."

Elina mengeluh. "Takkan saya perlu berkahwin dengan awak. Saya tak sanggup gadaikan masa depan saya pada orang macam awak."

Syahrul menjeling Elina sekilas. "Apa teruk sangat ke aku ni?"

"Bukan macam tu. Tapi....tapi.... haishh susahlah nak terangkan macam mana. Anyway, awak perlu juga jelaskan pada keluarga awak tentang kita. Supaya kita tak perlu berkahwin." Tegas Elina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience