Bab 5

Romance Series 12081

Bab 5

Syahrul menghantar Elina di pejabat guamannya. "Ni ofis kau?"

Elina mengangguk. Apalah dosa aku sehingga perlu menghadap dengan lelaki ini? Dari pertemuan pertama lagi sudah banyak benda-benda aneh akan berlaku. Rungut Elina dalam hati.

"Kau pergi kerja naik apa?" Hati Syahrul terdetik ingin tahu. Dia terlihat sebuah basikal BMX tersadai di tepi pokok. Rasanya, itulah basikal yang dibelinya untuk Elina tempoh hari. Tak mungkin dia kayuh basikal ke ofis. Jauh kot.

"Tu basikal yang awak beli tempoh hari. Mujur awak ganti balik basikal saya. Kalau tak, mungkin saya perlu berlari pulak selepas subuh." seloroh Elina sambil menunjuk ke arah basikalnya.

"Jauh kan dari rumah nak ke mari?"

"Tak adalah jauh mana. Dalam 20 minit biasanya dah sampai. Okeylah, terima kasih sebab tumpangkan saya." balas Elina mendatar. Dia membuka pintu kereta dan berlalu meninggalkan Syahrul yang masih terpinga-pinga.

Gila rare budak kampung ni. Haritu nampaklah kampung sangat tapi harini, nampak elegen! Satu yang tak berubah. Keayuannya... cis! Dah buang tabiat ke apa aku ni. Syahrul menggeleng kepalanya beberapa kali. Tidak lama kemudian, dia memandu keretanya menuju ke pejabat.

Elina mengeluh lemah. Aduh, kenapa dengan aku ni. Biasanya tak macam ini. Kenapa aku ikut sahaja telunjuk lelaki poyo tu? Biarkan dia sewenang-wenangnya pegang aku depan mama dia. Nanti mesti mama dia fikir yang bukan-bukan tentang aku. Argh... serabutnya.

Elina meneruskan perkerjaannya sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang. Elina bingkas bangun dan mencapai backpack bagnya. Suis komputer di tutup. Kainnya sudah ditukar kepada seluar kembali.

Elina membuka rantai basikal dan menolak basikalnya ke jalan. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan kayuhannya pulang ke rumah.

Syahrul memberhentikan keretanya seketika di simpang tiga untuk memberi jalan kepada pemandu lain yang tiba di simpang itu jalan terlebih dahulu. Dia terlihat kelibat seorang gadis sedang mengayuh basikal. Wow, this girl are not kidding!

She really mean it.

Elina mengesat peluh yang merecik di dahinya. Walaupun penat, tapi dia seronok. Ini adalah antara hobinya. Biarlah orang nak kata dia gila atau sengkek atau sebagainya. Bagi dia, itu semua tak menjana sesen pun untuknya.

Elina terpandang kawasan banglo elit Milano. Dia berhenti seketika. Hanya orang-orang kaya sahaja yang memenuhi kawasan banglo itu. Orang seperti aku layak menjadi pak guard atau pembantu rumah atau hanya melihat sahaja rumah besar dan mewah itu seperti sekarang. Hish... apa aku merepek ni.

Tiba-tiba sebuah kereta Audi berwarna biru berhenti di sebelahnya. Tanpa melihat siapa si pemandu di sebalik cermin yang bertinted itu, Elina sudah tahu siapa gerangannya.

Si pemandu kereta itulah yang melanggarnya dan menghantarnya ke pejabat siang tadi. Siapa lagi kalau bukan Syahrul.

"Dah penat ke?"soal Syahrul. Nadanya seakan mengejek pada pendengaran Elina.

"Tak adalah. Saya tengah perhatikan papan had laju tu. Kemudian anggarkan kelajuan kayuhan saya. Manatahu saya terbawak laju sangat ke, kan? Susah pulak nanti. Takut terlanggar budak-budak main bola dekat taman tu." balas Elina dalam nada memerli juga.

Berubah muka Syahrul apabila diperli sedemikian rupa. Ni main kasar nampak. "Oh... ingatkan berangan nak duduk rumah besar macam tu."

Kali ini wajah Elina pula yang berubah. Dia bercekak pinggang. "Saya tak teringin pun lah nak duduk rumah besar macam tu. Buat habuk aje rumah besar-besar ni."

Elina terus meninggalkan Syahrul di situ dan mengayuh basikalnya pulang ke rumah. Malas mahu melayan Syahrul tu. Nanti boleh jadi gila sebab hati aku pun dah berdegup kencang bagai nak gila. Mungkin sebab aku kayuh basikal non-stop kot. Bukan sebab lain.

Syahrul tergelak melihat Elina. Comel betul gadis tu. Bila pakai seluar, nampak brutalnya sedikit tetapi cute. Hilang keayuannya seperti memakai baju kurung dan skirt seperti tengahari tadi. Hish... kenapa dengan aku ni. Asyik nak membelek penampilan dia aje. Memang sah aku dah buang tabiat!

Puan Sri Fida menunggu suaminya menyudahkan solat isyak. Dia duduk di birai katil. Tan Sri Sufian melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

"Bang, tak lama lagi kita nak terima menantu. Hishh tak sabarnya saya." ujar Puan Sri Fida riang.

Tan Sri Sufian hanya mengangguk mengiyakan kata-kata isterinya. Kalau disanggah nanti, berkecil hati pula. Jadi dia hanya diam menjadi pendengar.

"Dia orang tu dah lama bercinta kot bang. Haritu masa saya pura-pura sakit dia datang bawa seorang gadis. Manis orangnya. Bertudung litup. Tadi pun kami berjumpa lagi. Tak sangka rupanya dia tu peguam saya." Cerita Puan Sri Fida.

"Kalau betullah apa yang awak katakan ni, buat apa menunggu lama? Proseskan cepat budak-budak tu. Awakkan pakar dalam bab-bab ni. Sampai bila nak biarkan Syahrul tu berfoya-foya tak tentu hala dekat luar? Mana tahu nanti dah kawin kot dia mahu berubah?"ujar Tan Sri Sufian.

"Okey. Kalau abang dah bagi green light , minggu ni juga saya uruskan."

"Bincang dulu dengan anak-anak. Jangan terburu-buru." tegur Tan Sri Sufian.

"Ye, saya tahulah apa yang saya buat. Abang serahkan aje semuanya pada saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience