Bab 22

Romance Series 12081

Bab 22

Elina membuka pintu rumah sementara itu Syahrul menjinjing beg pakaian mereka. "Awak, saya naik atas dulu." Ujar Elina dingin sambil mengambil beg dari pegangan suaminya.

"Kau kenapa ni?" Soal Syahrul. Elina menggeleng. Dia malas mahu bercakap. Lalu dia menaiki tangga menuju ke biliknya.

Syahrul menggeleng. Kenapa dengan dia? Aku ada buat salah ke pada dia ke? Fikirnya sendiri.

Elina hanya mengenakan gaun tidur separas betis bertali halus. Dia berdiri di balkoni biliknya sambil memandang panorama luar. Dia ternampak simpang jalan dimana disitulah tempat pertama kali dia berjumpa dengan suaminya.

Bibirnya tersenyum sendiri. Dia memegang dadanya. Dupp...dappp...dupp...dapp.

Hatinya sarat dengan satu perasaan halus sehingga membuatnya sukar untuk bernafas. Adakah ini sayang dan cinta seperti yang dikatakan Sofea padanya?

Jika benar, ya. Aku cintakan dia. Aku jatuh cinta pada dia. Aku cintakan suami aku. Dan seperkara yang paling menyedihkan aku, aku akan kecewa kerana kehilangannya tidak lama lagi. Mengapa aku perlu jatuh cinta pada dia disaat perpisahan bakal menjelma?

Tapi tak salah kalau kau cintakan suami kau sendiri. Bisik satu suara. Elina menunduk. Tapi Syahrul masih mencintai cinta pertamanya. Syahrul tak mungkin cintakan aku. Air matanya mula bertakung.

Dia memejam matanya. Wajah suaminya terlayar di benaknya. Sentuhan , ciuman dan kenakalan suaminya turut bermain dimata. Sehingga dia terasa pinggangnya benar-benar dirangkul. Wah, bukan main real aku berangankan suami aku. Angau betul. Elina tergelak sendiri walaupun masih memejam matanya.

"Kenapa gelak pulak?" satu suara garau menggoda menyapa gegendang telinga Elina. Elina membuka matanya. Dia menoleh. Wajah Syahrul rapat benar mengenai wajahnya sehingga hidung mereka bersentuhan.

Jantung Elina berdegup pantas seperti mengayuh basikal. Dia lantas memalingkan wajahnya. Mukanya sudah berona merah.

Syahrul mengeratkan lagi pelukannya. Dia dapat merasakan kehangatan tubuh isterinya mengalir dalam badannya. Bau wangian isterinya menusuk ke rongga hidung hingga menggetarkan hatinya.

"Kau kenapa bad mood? Aku ada buat salah ke? Atau mama atau dady ada cakap yang bukan-bukan pada kau?" Tanya Syahrul. Dia inginkan kepastian dari isterinya. Dia rimas melihat wajah muram isterinya tanpa sebab itu.

Elina menggeleng. "Mama dan dady tak ada cakap apa-apalah. Mereka okey aje."

"Then aku ke yang ada buat salah?" Syahrul bertanya lagi. Dia masih belum berpuas hati dengan jawapan isterinya.

"Awak pun tak salah. Cuma saya yang bermasalah. Saya tak dapat kawal emosi saya sendiri." Balas Elina. Dia memalingkan badannya menghadap suaminya sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

Syahrul merenung mata bundar isterinya. Dia merasakan hatinya seperti terkena renjatan eletrik. Jantungnya berdebar-debar menerima panahan anak mata isterinya. Tangannya memegang dagu iaterinya.

"Elina, apa yang ada dalam hati kau sebenarnya? Apa yang kau ingin tanya pada aku sebenarnya? Aku tak mahu ada keraguan dalam hubungan kita ini."

Elina menelan air liurnya. Dia menyusun kata-katanya. "Kalau cinta pertama awak kembali, awak masih mahu bersama dia?"

Syahrul merapatkan jaraknya sehingga tiada ruang yang terpisah diantara mereka. "Tak mungkin akan berlaku."

"Kenapa?" Soal Elina. Dia maaih ingin mengetahui jawapan yang akan membuatkan hatinya senang.

"Sebab aku dah ada seseorang yang lebih sempurna untuk menerima cinta aku. Meskipun dia bukan cinta pertama, tetapi cinta terakhirlah yang paling indah." Bisik Syahrul. Dia memandang tepat ke anak mata isterinya. Dia tidak akan meluahkan perasaannya, cuma dia ingin memberikan petanda.

Elina tergamam. Siapakah seseorang yang menakluki hati lelaki ini sekarang? "Bertuahkan dia. Untunglah gadis tu. Jadi, lepas ni awak akan kahwin dengan dialah selepas kita berpisah?"

Syahrul memegang kedua bahu Elina. "Gadis tu memang bertuah dan kita tak akan berpisah. Elina, segala persoalan kau sudah terjawab bukan? Jadi, pergi tidur sekarang. Esok kau kerja." Syahrul menolak tubuh isterinya ke katil. Dia menyelimuti tubuh isterinya lalu mengucup dahi isterinya.

"Tidur sekarang atau kau berjaga dengan aku sepanjang malam ni. Pilih nak yang mana satu?" Gertak Syahrul apabila Elina ingin bangun dari katilnya.

Elina pantas menarik kembali selimutnya. Dia faham maksud suaminya itu. Huishh.... seram pulak ugutan dia. Syahrul menahan geli hatinya lalu keluar dari bilik gadis itu.

Elina bangun tidur dengan semangat pada pagi itu. Apa tak semangatnya jika tidurnya bertemankan wajah si suami. Elina tersenyum sendiri.

Hari ini dia membungkuskan bekalan buatnya dan buat Syahrul. Dia menghias secantik mungkin makanan Korea ciptaannya itu. Jika di Korea, dosyirok akan dibekalkan oleh ibu kepada anak-anaknya atau kekasih kepada kekasihnya.

Yes! Cantik dah dosyirok ni. Macam muka dia lah. Eh, bentuk hati ni senget pulak. Elina membetulkan sedikit sebelum menutup bekas tupperwear itu. Dia memasukkan tupperwear kedalam beg kertas berwarna biru.

Syahrul menuruni anak tangga. "Elina, aku dah lambat ni. Tak payahlah sediakan sarapan. Cepat sikit. Lambat aku tinggal." Laungnya dari depan pintu.

Terkocoh-kocoh Elina mencapai backpack bagnya. Kemudian dia menunggu suaminya diluar rumah. Dia suruh kita cepat, tapi dia yang lambat. Omel Elina dalam hati. Syahrul sempat menilik penampilannya dicermin sebelum keluar dan menutup pintu.

Masing-masing hanya diam membisu membiarkan DJ radio berceloteh. Elina dengan senyumnya sedari tadi. Dia sudah bertekad, selagi ada masa yang berbaki, dia akan melakukan apa sahaja yang dia rasa dia bahagia bersama Syahrul.

Agar ada kenangan manis lagikan indah yang dapat dikenang sebagai bekalan setelah berpisah nanti. Dia turut berdoa, agar cinta yang bertandang dihatinya tidaklah kekal selamanya agar dia juga dapat bernafas seperti biasa setelah berpisah.

Dia sesungguhnya tidak mampu mengalami kekecewaan tetapi dia juga tidak dapat melawan cinta yang hadir tanpa diundang itu. Jadi, dia hanya berserah pada takdir dan keadaan untuk menentukan bagaimana hidupnya.

Syahrul memberhentikan keretanya dihadapan ofia Elina. Seperti biasa, Elina akan bersalaman dengan Syahrul. Tetapi hari ini, dia ingin menambah satu lagi perkara untuk dijadikan rutinnya.

Syahrul memegang pipinya. Dia terkedu dengan tindakan berani isterinya. Mimpi apa Elina hari ini?

"Awak, ni nanti awak makan tau. Tadi awak tak sempat jamah apa-apa pun. Pastikan makan! Kalau tak, saya geletek awak." Ujar Elina mesra. Dia keluar kereta dengan hati yang senang.

Elina tersenyum sendiri mengenangkan perbuatan beraninya tadi. Selamba badak aje dia cium pipi suaminya buat pertama kali. Hatinya takala itu bagai kompang dipalu.

Alah, dia cium aku boleh. Takkan aku nak cium dia tak boleh? Kalau dia tanya alasan, aku jawab ajelah hormon aku tengah tak betul. Senang bukan? Elina bermonolog sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience