Bab 21

Romance Series 12081

Bab 21

Setelah sejam lebih perbincangan dilangsungkan dan Elina sudah menguap beberapa kali, akhirnya mereka menamatkan perbincangan mereka.

"Terima kasih Encik Syahrul kerana sudi luangkan waktu senggang encik bersama kami." Ujar Mr. Kelvin seraya menghulurkan tangan untuk berjabat. Syahrul menyambut huluran salam dari Mr. Kelvin.

"Tak mengapa. Kami minta diri dululah yer, Mr. Kelvin dan Encik Ramdan."

Syahrul menggamit tangan isterinya lalu mereka beredar dari situ.

Elina memberhentikan motorsikalnya di Taman Wetland. Syahrul terpinga-pinga. "Kenapa berhenti dekat sini?"

"Turun cepat. Saya nak turun juga ni." Arah Elina. Syahrul akur. Risau juga kalau tiba-tiba tumbang pulak. Dahlah tubuh isterinya kecil aje nak mengimbangi motorsikal yang besar itu ditambah lagi dengan dia sekali diatasnya.

Elina membuka helmetnya. Dia berlari-lari anak di taman itu menuju ke tasik. Wah, dah lama tak lepak dekat sini. Elina menjerit riang sambil berlari. Dah macam anak kecil telatahnya.

Syahrul menggeleng melihat perangai tidak matang isterinya. Dia mengikut langkah isterinya menuju ke tasik. "El, jangan larilah. Nanti jatuh." Nasihat Syahrul namun diendahkan sahaja oleh Elina.

Elina duduk bersimpuh diatas rumput. Waktu sebegini masih tiada pengunjung yang datang. Matahari tengah terpacak atas kepalalah katakan. Jika waktu petang, taman ini pasti ramai dengan pengunjung apetah lagi hari minggu. Syahrul turut duduk disebelah isterinya.

"El, apa aje lagi yang aku tak tahu tentang kau? Kau ni perempuan luar biasa tahu tak? Seram pulak aku." Seloroh Syahrul. Kepala Elina digosok beberapa kali. Terjerit kecil Elina dibuatnya. Habis rosak tudung aku.

"Banyak perkara yang awak tak tahu tentang saya. Ermm... awak pernah main wawasan 2020 tak?" Balas Elina.

"Pernahlah zaman aku sekolah rendah dulu. Kenapa? Kau nak ajak aku main benda tu ke?" Tanya Syahrul. Elina mengangguk.

"Okey, cara permainan dia kita ubah sikit. Kita tulis pasal diri kita. Kalau sama, markah 50. Kalau tak sama, markah 100. Dari situ, kita boleh kenal satu sama lain. Amacam? Nak try?"terang Elina. Syahrul mengangguk.

"Menarik juga." Dia mengeluarkan planner holdernya lalu dikoyakkan dua helai kertas. Satu diberi pada Elina dan satu lagi dia punya.

Setelah lima minit menulis, masing-masing sudah bersedia untuk mengemukakan jawapan mereka. "Kita jawab sama-sama tau." Ujar Elina.

"Warna kegemaran." Syahrul bersuara.

"Biru!" Jawab mereka berdua serentak. Mereka berdua terdiam kemudian tergelak.

"Apahal kau suka biru? Sebok aje."

"Suka hatilah. Kenapa awak suka biru? Okey, jawab serentak. 1...2...3..."

"Cozy."jawab Elina.

"Tenang." Balas Syahrul. Mereka berdua tergelak kembali.

"Okey. Sebok aje nak sama dengan saya. So, kekurangan kebolehan pulak. Jawab sama-sama." Elina mencatit markahnya.

"Tak boleh memandu kereta."jawab Elina.

"Tak boleh menunggang motor. Kenapa kau tak boleh pandu kereta?" tanya Syahrul.

"Sebab saya fobia. Awak?"

"Aku pun fobia. Samalah kita ni."

Dari warna, makanan dan minuman kegeraman, kebolehan, kekurangan, sehinggalah kelemahan masing-masing dinyatakan. Sehinggalah satu perkara lagi yang tinggal.

"Cepatlah Syahrul. Alah, janganlah macam ni. Sportinglah sikit. Takkan lah dengan saya pun awak malu. Kan saya dah jawab soalan tu. Saya jawab jujur tau. Memang saya tak pernah bercinta dan tak ada cinta pertama. Awak pulak apa jawapannya?" Desak Elina. Syahrul akhirnya bersetuju.

"Cinta pertama aku...."

"Bik, mana Kak Lina dengan Abang Rul?" Soal Azuan. Bibik menghidangkan air buat anak majikannya.

"Mereka sudah keluar pagi tadi. Tuan Syahrul punya urusan kerja diluar. Mobilnya rosak lalu Puan Elina meminta kunci motor tuan sama saya. Saya langsung berikan padanya." Jawab Bibik yang berasal dari Medan itu.

Azuan tercengang. "Siapa yang bawak? Abang Rul?"

"Enggak. Puan Elina yang bawak. Tuan Syahrul duduk dibelakang. Comel banget." Jelas bibik. Kemudian dia meminta diri ke dapur untuk menyiapkan minum petang.

Azuan berdiri di hadapan kolam. Dia memandang kearah pintu pagar luar menantikam kepulangan abang dan kakak iparnya. Biar benar abang aku dibonceng oleh kakak ipar aku?

Tak lama kemudian, telinga Azuan menangkap bunyi deruman motorsikal. Matanya dikebilkan beberapa kali. Ya, memang benar yang menunggangnya adalah kakak iparnya. Gila rare kak Lina.

Elina menurunkan tongkat. Syahrul turun tanpa disuruh. Dia menonong masuk ke dalam rumah. Sakit pinggangnya duduk lama diatas tempat duduk yang agak tidak selesa itu. Tertonggek-tonggek punggungnya tadi. Baru dia tahu apa rasanya minah rempit yang selalu dibonceng oleh lelaki rempit di Chaw Kit. Haha apa kena mengena?

Elina tersenyum dikala matanya bertembung pandang dengan adik iparnya, Azuan. Azuan menghampiri Elina.

"Cayalah kak Lina. Gempak gila. Amacam? Best tak bawak motor Zuan?" Ujar Zuan teruja.

Elina hanya senyum sahaja. Dia mengangguk. "Best. Terima kasih Zuan. Akak masuk dalam dulu yer. Akak penat ni. Abang Zuan tu berat macam anak gajah." Dalih Elina. Dia sebenarnya tiada mood ingin berbual dengan orang.

Moodnya sudah dibawa pergi oleh angin sepoi-sepoi tengahari Taman Wetland Putrajaya. Semenjak mendengar cerita Syahrul, bibirnya seolah terkunci rapat untuk membalas kata-kata orang yang menegurnya. Hatinya usah ditanyalah, gusar dan perit sahaja. Entah. Kenapa eh?

Tak apa, esok aku akan call Sofea dan bertanya. Nampaknya, Sofea perlu banyak mengajar aku benda-benda sebegini. Mungkin aku perlu mengikuti kelas tambahan subjek cinta. Otaknya berjeda.

Elina membuka jaket leather suaminya yang dipakai lalu dicampak kedalam bakul. Tudung juga turut dicabut dan disangkut di belakang pintu. Syahrul yang merenung dirinya tidak dihiraukan. Dia lantas mengorak langkah menuju ke bilik air.

Pertama kali aku tengok dia buka tudung selamba macam tu depan aku. Selama ini bukan main dia nak berfikir dua tiga kali sebelum nak buka tudung depan aku. Kenapa dia tiba-tiba berubah? Macam tak gembira seperti di Putrajaya tadi. Desis Syahrul.

Elina meramas geram rambutnya yang bersyampu. Kata-kata suaminya masih terngiang-ngiang ditelinganya.

"Cinta pertama aku.... pada seorang gadis yang aku kenali ketika sedang bekerja di Alor Star. Dia merupakan salah seorang board of shareholders syarikat disana. Dan kami terus-terusan berjumpa selepas itu.

Biasalah, aku lelaki dan dia perempuan. Lelaki mana yang tak sangkut dengan perempuan macam dia. Cantik, manja, dan berkarisma tinggi. Satu hari tu, aku nyatakan padanya tentang cinta aku. Kau tahu apa dia cakap?

Sorry Rul, sebenarnya i anggap you macam kawan sahaja. I tak ada apa-apa perasaan pada you. You jangan salah anggap i layan you kerana i sukakan you. You ni memang pakej, tapi satu yang you tak ada. You tak ada harta. You kerja bawah orang, you sendiri naik kereta kawan you. You tak pernah belikan i apa-apa. So, macam mana i nak hidup dengan orang yang tak mampu tanggung i?

Dia tak cukup mengenali aku. Dia tak tahu aku anak orang berada kerana yang dia lihat hidup aku yang sederhana sahaja. Selepas dari itu, dia menghilangkan diri.

Aku cuba nak jelaskan pada dia yang aku ikhlas cintakan dia pada masa tu tapi tak sempat. Dia dah pergi jauh dari hidup aku. Dan daripada saat itu, aku berhenti kerja dan terus kerja dengan dady aku. Aku beli kereta mewah dengan hasil titik peluh aku sendiri. Aku mainkan perasaan perempuan yang datang pada aku kerana duit sebagai balasan sakit hati aku ini yang tak pernah surut....."

Elina tersentak mendengar bunyi ketukan dari luar.

"El, aku pun nak mandi. Keluarlah." Syahrul terus-terusan mengetuk pintu bilik air. Elina merengus. Dia mencapai tuala lalu dililit pada badannya. Baru dia ingat, dia terlupa untuk membawa pakaian sekali masuk ke bilik air, sekarang, dia terpaksa menebalkan muka untuk berkemban keluar.

Terbuntang mata Syahrul melihat tubuh gebu isterinya yang selamba berkemban keluar dari bilik air. Dia beristighfar panjang dalam hati. Elina, kalau ye pun nak goda aku, jangan kejam sangat macam ni.

"Apa pandang-pandang? Tadi nak masuk sangat. Pergilah masuk." Marah Elina. Syahrul segera masuk ke dalam bilik air. Elina menarik nafas lega. Dia cepat-cepat memakai baju sebelum suaminya keluar dari bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience