Bab 24

Romance Series 12081

Bab 24

Elina berguling-guling diatas katilnya. Otaknya tak dapat dihentikan dari mengenangkan peristiwa petang tadi. Dia menekup wajahnya dengan bantal.

Perutnya sudah mendengdangkan lagu dangdut minta diisi. Aduh, macam mana ni? Kalau keluar terserempak dengan dia apa perlu aku buat? Malunya.

Tapi sampai bila nak berkurung dalam bilik? Ujar akalnya. Elina mengeluh. Dia menggosok-gosok perutnya. Elina, kau perlu buat pilihan sekarang. Antara lapar dan malu, yang mana satu menjadi keutamaan?

Malu!

Syahrul mengeluarkan biskut dari dalam tin. Perutnya benar-benar lapar. Nampaknya esok perlu pergi beli barang dapur. Ujarnya sendirian apabila membuka kabinet dapur yang hampir kosong itu.

Dia menoleh ke belakang, tercampak biskut dari tangannya. " A'uzhu billahi minash shaitanir rajim."

Elina bercekak pinggang. "Hey Syahrul, ni saya lah." Elina membuka lampu dapur. Suasana yang tadinya gelap sudah bertukar terang.

Syahrul mengurut dadanya. "Kau buat apa dalam gelap?" Dia mengutip biskut-biskut yang jatuh bersepah di lantai.

"Sepatutnya saya yang tanya awak soalan tu. Nasib baik saya tak pukul awak tadi. Saya ingatkan penyamun." Balas Elina.

"Kalau ye pun sikatlah rambut tu. Ni kusut masai dengan panjangnya lagi berdiri dalam gelap. Kalau orang lain tengok pun, memang sah dah salah anggap kau tahu tak? Hishh..." Rungut Syahrul. Elina berdekah-dekah gelak.

"Awak takut hantu eh? Lawaklah awak ni. Tak ada makananlah. Saya lapar ni." Elina memandang Syahrul. Syahrul turut memandang Elina.

"Makan luar?" Ujar mereka serentak. Kemudian mereka tertawa.

"Dah, pergi bersiap. Kita makan dekat luar. Lambat, duduk rumah ni dengan hantu kau tu." Syahrul lantas meninggalkan berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

Elina memandang sekeliling. Tegak pula bulu romanya tiba-tiba. "Awak jangan tinggalkan saya."

Mereka berdua mengisi perut di sebuah restoran dikawasan Puchong. Kata Syahrul, itu restoran kawannya. Kalau dia makan dekat situ, boleh dapat diskaun.

Kedekut punya laki. Sanggup dia nak melantak dekat tempat yang jauh semata-mata nak diskaun? Kutuk Elina dalam hati.

Setelah melahap dua pinggan seorang nasi putih berlaukkan ikan siakap tiga rasa, Tom Yam seafood , dan pelbagai side dish lain, mereka mengangkat perut keluar dari restoran itu setelah membuat pembayaran.

Syahrul memandu dengan tenang. Wajah Elina dipandang acap kali. Ada sesuatu yang dia ingin luahkan kepada isterinya tetapi bagai tersekat di kerongkong. Akhirnya dia memutuskan untuk berdiam diri sahaja.

Elina memandang jalan sekeliling. Keningnya dikerutkan. "Awak, ni bukan jalan balik. Awak nak bawak saya ke mana ni?"

"Bawak kau ke hati aku." Balas Syahrul bersahaja. Dia mengeyitkan matanya pada isterinya.

"Awak! Cakaplah betul-betul." Ujar Elina bernada risau. Syahrul kembali memandang hadapan.

"El, kau nak takut apa? Bukan kau keluar dengan orang lain pun. Kau keluar dengan suami kau sendiri. Kalau kau takut aku apa-apa kan kau, kenapa baru sekarang kau nak takut? Padahal selama ni kita tinggal sebumbung, ada katil, ada sofa dan tempat yang selesa. Takkan aku nak culik kau masuk hutan dan apa-apakan kau kat sana." Jelas Syahrul.

Elina hanya diam. Ada benarnya juga kata-kata suaminya. Kalau Syahrul mahukan sesuatu darinya, dekat rumah pun dia sudah boleh buat. Buat apa nak masuk hutan seperti kes rogol yang sedang hangat melanda Malaysia.

Syahrul memberhentikan keretanya. "Jom?" Elina turut keluar mengikuti langkah suaminya.

Mereka berada di Sky Park One City. Melihat panorama indah kotaraya pada waktu malam dari tempat yang tinggi. Suasananya sungguh romantik. Elina tersenyum sendiri. Alah, cakaplah nak ke sini lain kali. Buat suspen aje. Tulah, aku ni suka buat andaian sendiri. Tak baik betul fikir yang bukan-bukan tentang Syahrul.

Syahrul mengambil gambar isterinya secara sembunyi. Dia tersenyum. Kemudian dia duduk diatas lantai kaca. Elina menghampiri Syahrul.

"Eh awak, tak apa ke duduk dekat situ?"

"Tak apa. Aku dah biasa." Setelah mendengarkan jawapan suaminya, dia turut duduk bersimpuh disebelah suaminya.

Syahrul melentokkan kepalanya diatas pangkuan Elina. Elina terkaku. Eh eh, selambanya. Kalau nak tidur baik balik rumah. Omel Elina dalam hati. Syahrul menarik tangan kanan isterinya lalu dipeluk.

"Hishh apa ni awak. Malulah kalau ada orang nampak." Elina mencuba menarik tangannya kembali. Tetapi tidak dilepaskan Syahrul. Akhirnya dia pasrah. Lantak kaulah.

"Ada nampak orang ke kat sini? Tak ada kan?" Balas Syahrul. "El, tengok tu. Banyakkan bintang?"

Elina turut memandang ke dada langit yang penuh dengan bintang-bintang bertaburan. Cantiknya! Desis Elina dalam hati.

"Awak pernah datang sini ke sebelum ni?" Tanya Elina. Syahrul mengangguk.

"Banyak kali."

Oh. Mesti dia datang dengan gadis yang ada dalam hati dia tu. Ucap Elina dalam hati. Tiba-tiba hatinya terasa pedih. Dia memandang wajah suaminya. Ingin sekali dia menyatakan perasaannya tetapi dia tahu tiada gunanya.

"Kau ada nak cakap apa-apa ke El?" Tanya Syahrul. Wajah isterinya direnung. Renungan Syahrul menikam tepat ke mata Elina sehingga menggetarkan hati perempuannya.

"Macam tak sedar aje, dah dekat empat bulan kita kahwin." Ucap Elina perlahan.

"Then?" Syahrul bangun dari baringnya. Dia duduk menghadap wajah isterinya.

"Maknanya hubungan kita sudah hampir ke pena..." Elina tak mampu menyambung kata-katanya. Seboleh mungkin dia tidak mahu mengingati perkara itu.

Syahrul menolak dagu Elina agar bertatapan dengannya. "Apa maksud kau?"

"Dalam perjanjian kita, kita hanya kahwin dalam tempoh enam bulan. Tak lama lagi....."

Elina terkaku. Dia memejamkan matanya. Lama bibir mereka bertaut. Syahrul melepaskan tautan bibir isterinya. Dia memegang pipi Elina.

"Jangan pernah cakap tentang ini lagi. Aku taknak dengar, tak nak tahu."

"Kenapa?"

"Aku kata jangan tu janganlah!" Syahrul bangkit dari duduknya. "Jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience