Bab 23

Romance Series 12081

Bab 23

Syahrul tidak dapat menumpukan perhatiannya dalam mesyuarat. Tangannya sedari tadi memegang pipi kanannya sambil tersenyum sendiri.

Ciuman pertama dari isterinya. Bayangan wajah isterinya terlayar di ruang mata. Seolah-olah isterinya sedang duduk di hadapannya dan tersenyum padanya sambil melayangkan flying kiss.

"Encik Syahrul?"

Syahrul tersentak dari lamunannya. Dia memandang sekeliling. Semua mata memandang tepat kearahnya. Syahrul berdehem kecil.

"So macam mana?" Soal Syahrul.

"Apa keputusan Encik Syahrul?" Tanya salah seorang dari mereka kembali kepada Syahrul. Syahrul menggaru kepalanya.

"Err... bagi saya masa untuk berfikir dulu. Haqif, nanti jumpa saya. Bersurai." Dalih Syahrul. Dia lantas meninggalkan para stafnya didalam bilik mesyuarat yang masing-masingnya agak tercengang.

Syahrul membuka bekalan dari isterinya. Wah, comelnya! Syahrul mencapai chop stick dan mengepit seketul nasi yang disaluti rumpai laut.

Elina menyanggul tinggi rambutnya. Hari ini dia ingin membuat kek sempena hari lahirnya sendiri. Yelah, siapalah yang sudi nak belikan aku kek. Suami aku sendiri pun tak tahu tarikh lahir aku. Dia boleh buat donno aje dengan aku hari ini.

Memang sah! Dia tak tahu. Tak apelah. Macam tak biasa buat kek untuk diri sendiri. Setiap tahun pun memang kau buat kek sendiri dan sambut dengan Sofea. Rajuk Elina dalam hati.

Dia mengacau whipping cream sehingga naik kembang dan gebu. Kemudian kek span yang sudah dibuatnya dibelah menjadi 3 lapisan. Setiap lapisan disapu dengan air kopi esspreso kemudian disapukan cheese cream. Dan dia akhiri dengan menutup semua bahagian dengan whipping cream dan menabur serbuk coklat diatas lapisan krim tersebut. Wah, dah siap kek tiramisu aku!

Elina menyimpan keknya didalam peti sejuk. Nanti sejuk sikit boleh makan. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Mulutnya ditekup dari belakang.

Dia cuba melepaskan dirinya tetapi tidak bisa. Tenaga lelaki itu lebih kuat darinya. Elina sudah menangis ketakutan. Perompak mana yang nak samun aku ni. Janganlah dia apa-apakan aku.

Elina hanya mengikut langkah lelaki itu. Dia tidak nampak jalan. Sudah puas dia meronta tetapi lelaki itu makin kuat memegang tangannya. Dalam hatinya dia berdoa agar Allah menyelamatkannya. Dia berdoa agar suaminya pulang dan menyelamatkannya. Dia benar-benar dalam ketakutan.

Kemudian ikatan kain pada matanya terbuka. Elina segera menoleh kebelakang untuk melihat wajah perompak itu.

Syahrul tersengih. "Selamat hari lahir sayang. "

Terlopong mulut Elina luas. Ya Allah! Aku kena prank dengan suami aku yang sengal ni rupanya? "Awak? Awak kenapa buat saya macam ni?" Elina menumbuk dada suaminya geram.

Syahrul tergelak. Air mata isterinya yang bersisa di tubir mata itu di sapu. "Kau takut eh?"

"Yelah. Saya ingatkan perompak manalah tadi. Awak ni jahatlah." Marah Elina. Syahrul lantas memeluk tubuh isterinya.

"Sorry, aku tak berniat nak takutkan kau tapi aku berniat nak kenakan kau." Bisik Syahrul.

Elina tergelak. Dia menumbuk lembut dada suaminya. "Jahatlah awak ni. kalau hari-hari awak buat macam ni, saya boleh jadi penghuni tetap IJN awak tahu tak."

"Janganlah doa macam tu. Sepatutnya kau doalah elok-elok aje. Apelah. Tengoklah hadiah kau tu." Syahrul melepaskan pelukannya. Elina berpusing ke belakang.

"Awak!!!!! Serius ke ni? Awak jangan nak main-mainkan perasaan saya." Elina tergamam. Syahrul mengangguk.

"Yelah, itu memang untuk kau. Kau suka tak?" Tanya Syahrul. Elina lantas memeluk suaminya.

"Mestilah saya suka. Terima kasih awak." Elina kembali menerpa motosikal berkuasa tinggi KTM Duke 390 itu. Comelnya motor ini.

"Aik, terima kasih aje? Yang lain tak ada ke?"

Elina memandang Syahrul. Syahrul menyuakan pipinya. Elina tergelak. "Mengada-ngadalah awak ni. Jom makan kek? Saya ada buat kek." Elina menampar lembut pipi suaminya dan berlalu masuk ke dalam rumah dengan wajah yang ceria.

Syahrul masih tak berpuas hati. Dia mengikuti langkah isterinya. Pinggang Elina dirangkul dari belakang.

"El, takkan terima kasih aje kot."

"Habis awak nak apa?" Tanya Elina. Dia mengeluarkan kek lalu diletakkan diatas meja. Susah betul dia nak bergerak apabila dipeluk sebegini.

"Ala... nak kiss." Rengek Syahrul manja. Membuntang mata Elina.

"Mana boleh." Elina memandang kearah lain. Merah wajahnya.

"Hari tu boleh pulak." Giat Syahrul sambil tersenyum nakal. Elina mengerutkan keningnya. "Bila?"

"Alah... dah orang tak sudi, terhegeh-hegeh pulak. Takpelah, aku nak keluar. Jaga rumah, kunci pintu. Karang perompak yang betul-betul masuk baru tahu." Ujar Syahrul berjauh hati. Dia melepaskan isterinya dan ingin berlalu pergi.

Elina menarik tangan suaminya. "Merajuk ke?" Syahrul menggeleng. Elina tergelak. Leher suaminya dirangkul.

Dia menjengket sedikit lalu mengucup dahi suaminya. Kemudian kedua pipi suaminya. "Dah tak merajuk lagi kan?" Elina menunduk.

Syahrul tersenyum nakal. "Satu lagi."

Elina terkebil. "Satu lagi? Mengadalah. Bagi betis nak peha pulak. Dah lah, saya nak maka......"

Syahrul melepaskan tautan bibirnya. "Baru cukup."

Elina malu. Wajahnya sudah berona merah. Dia memukul dada suaminya kemudian berlalu ke dapur tanpa sebarang kata.

Syahrul tersenyum senang. Dia dapat rasakan satu gelora membadai didalam hatinya ketika bibirnya dan bibir isterinya bertaut. Rasa itu semakin hari semakin bercambah dan semakin mekar di hatinya. Tetapi, adakah dia sahaja yang mempunyai perasaan ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience