Bab 9

Romance Series 12081

Bab 9

"Keputusan mama adalah muktamad! Jangan pernah nak bantah cakap mama lagi."tegas Puan Sri Fida.

Syahrul meramas rambutnya. "Ma, takkan Rul nak Kahwin dengan Elina?"

Puan Sri Fida mencerlung wajah anaknya. "Syahrul Helmi! Kamu bermain-main juga ke dengan Elina? Kenapa kamu ni teruk sangat ha? Kenapa perempuan sebaik Elina juga nak kamu permainkan?"

"Ma, Rul tak main-main dengan Elina tapi...." kata-katanya tergantung apabila di potong oleh mamanya.

"Jadi apa susah sangat nak kahwin kalau benar Rul tak main-main. Okeylah. Mama bagi Rul pilihan. Kahwin dengan Elina atau sesiapa pun lah pilihan Rul hujung bulan ni atau kahwin dengan salah seorang pilihan mama. Macam mana? Setuju? Mama tak kisah lagi, Elina ke ?Elyana ke? Ella retak sembilu ke? Yang penting hujung bulan ni Rul kahwin!"

Syahrul terduduk diatas sofa. Puan Sri Fida meninggalkan anaknya sendirian. Makin lama dia melayan, makin panjang pula alasan budak bertuah tu.

Hmm... pilihan aku? Gila! Pilihan mama? Bala! Arghhhhh! Jerit Syahrul dalam hati. Nampaknya hanya dia seorang sahaja yang boleh bantu aku. Aku perlu buat perhitungan dengan dia. Bisik Syahrul dalam hati.

Elina mengayuh basikalnya menuju ke rumah. Perut berkeroncong perlu di isi. Akibat malas mahu memasak, atau sejujurnya, barang dapur sudah habis, dia terpaksa ke kedai makan membeli nasi bungkus. Kawannya tiada di rumah.

Elina membuat muka meluat apabila dia diberhentikan oleh sebuah kereta Audi berwarna biru. Dengar kasar dia bertanya. "Awak nak apa?"

Syahrul tersengih. "Kau beli nasi bungkus aje ke?"

"Suka hati sayalah. Awak sibuk ape?"

"Jom makan sama-sama. Aku lapar ni. Aku pun beli nasi bungkus juga." ujar Syahrul mesra. Elina hanya membisu.

"Jomlah. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni. Elina.... please?" pujuk Syahrul.

"Yelah... saya tunggu dekat tasik." Putus Elina. Dia lantas pergi meninggalkan Syahrul.

Mereka menikmati makanan bersama. Syahrul bersuara. "Kau memang spesis haiwan yang makan rumput eh?"

Elina mengerling syahrul. "Apasal awak cakap macam tu?"

"Yelah. Tu... semua sayur. Tak ada lauk langsung. Atau kau diet? Takut gemuk eh?" Ujar Syahrul dengan nada mengejek.

"Hello! Saya nak makan rumput ? Nak makan ayam ke? Unta ke? Ada kaitan dengan awak ke? Saya punya sukalah." balas Elina garang.

Syahrul meletak beberapa ketul cebisan daging didalam bekas polisterin Elina. "Makanlah lauk juga sayang oi. Takkan lah kau sengkek sampai makan nasi dengan sayur kosong."

Elina terkedu. Jantungnya laju mengepam. Hatinya seperti terkena renjatan eletrik apabila mendengar perkataan sayang Syahrul itu. Kelakarlah aku ni. Selama ni tak pernah macam ni pun.

Mereka menyudahkan makanan mereka. Syahrul berdehem beberapa kali. "Elina... aku nak minta satu aje pertolongan dari kau. Boleh?"

Elina mengangguk. "Boleh. Dipersilakan. Selagi saya boleh tolong, saya tolonglah."

"Kahwin dengan aku."

Membuntang mata Elina. Dia memandang tepat kearah Syahrul. "Are you kidding me?"

"No i'm not . Please. Elina. Aku dah buntu sangat ni." Ucap Syahrul seakan merayu.

"Gila! Takkan saya nak korbankan masa depan saya semata-mata nak tolong awak? Takkan awak langsung tak ada kekasih?"

Syahrul mengeluh. "Elina, aku betul-betul tak ada semua tu. Aku memang akui aku ada ramai kawan perempuan tapi tu semua tak logik kalau aku nak ambil buat isteri. Gila ke apa nak beristerikan seorang kaki disco? Dedah sana dedah sini? Setakat buat cuci mata boleh lah. Mama aku pun satu, dia suruh pilih sama ada kau, atau pilihan dia.

Pilihan dia semuanya mengarut. Sama aje macam kawan-kawan perempuan aku. Tak ada seorang pun yang layak nak dibuat isteri. Sebab tu aku tak nak dengan pilihan mama. Aku cuma berharap pada kau seorang aje sekarang ni. Aku janji, aku akan ikut syarat kau. Kita cuma berkahwin dalam tempoh enam bulan. Lepas tu kalau kau nak bercerai,aku akan tunaikan. Aku pasti mama tak akan paksa aku untuk berkahwin lagi. Please Elina."

Elina diam membisu. Dia berfikir sebentar. Takkan aku nak kahwin dengan dia ni semata-mata nak tolong dia? Wujud lagi ke perkara-perkara macam ni dalam dunia ni?

"Kalau kau tak nak tak apa. Aku tak memaksa. Kesian kau sebabkan aku, kau pun terheret sama dalam masalah aku....."

"Saya setuju!"

Syahrul mengerdipkan matanya berkali-kali. Jelas terpancar sinar kegembiraan. "Kau biar kebenaran?" dia meniru gaya Papazola didalam cerita Boboiboy.

"Betullah. Saya akan tolong awak. Saya yakin awak baik sebab tu saya sanggup korbankan masa depan saya yang berharga ni. Kalau awak jahat, tempoh hari awak boleh aje tinggalkan saya selepas awak langgar saya. Jadi, kita perlu buat perjanjian hitam putih sekarang."

"Elina, terima kasih. Aku hargai sangat-sangat pertolongan kau ni."

"Dah lah. Jom buat surat perjanjian," Elina mengeluarkan talifonnya. Aplikasi ditekan dan dia menambah fail baru.

"Syarat pertama saya......"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience