Bab 13

Romance Series 12081

Bab 13

Syahrul menghenyakkan punggungnya di sofa. Wajah comel isterinya muncul dalam fikiran. Dia tersenyum sendiri. Gila dah ke aku ni? Nak teringat dekat dia pula.

Syahrul mengeluh lemah. Kenapa perasaan rindu pada si dia masih berada didalam hati? Kerana perasaan inilah, sukar untuknya menerima kehadiran mana-mana gadis yang ingin mendampinginya.

Syahrul, sudah empat tahun dia menolak kau. Lupakanlah dia. Bisik satu suara halus. Dia menggeleng. Tidak! Sehingga aku ketahui apa sebabnya sehingga itu aku tak akan lupakan dia. Dia cinta pertama aku dan aku akan cari dia.

Elina menyelak gambar perkahwinannya. Terasa lucu apabila melihat wajahnya yang monyok dipeluk oleh Syahrul. Dan gambar candidnya bersama Syahrul yang sedang bertelingkah kecil turut dirakam.

Terbit satu perasaan halus apabila melihat gambar suaminya sedang mencium dahinya tika acara membatal air sembahyang. Normal lah kot perasaan macam ini hadir. Ujarnya sendiri.

Elina menguap. Dia sudah mengantuk. Esok dia bercadang ingin pulang ke kampung halamannya. Sementara masih cuti ni, dah lama tak melawat pusara arwah ayah dan ibu. Apa salahnya dia gunakan peluang itu untuk melawat pusara orang yang tersayang. Sambil bercuti sekali.

Dah tak ada orang sudi nak bawak pergi honeymoon, aku pergilah honeymoon sendiri. Lagi syok. Elina mengemas beg pakaiannya. Sofea telah dimaklumkan akan perancangannya itu. Jadi, esok pagi Sofea yang akan menghantarnya ke stesen bas.

"Lina, apa-apa hal pun, beritahu suami kau. Aku tak tahulah kau orang ni kahwin jenis apa tak duduk sebumbung, tapi kau nak keluar jauh ni tau. Minta izin dia. Dia suami kau, tahu tak? S.U.A.M.I! Bukan member kau." Pesan Sofea.

Elina hanya menayangkan wajah bosannya. Suami, suami , suami. Bosan aku dengar. Dia bukan anggap aku isteri betul dia pun. Walaupun dia suami aku, dia tak ada hak nak halang keputusan aku. Ia dah termaktub didalam perjanjian.

Sofea menggeleng. Tak faham benar dengan sikap Elina yang satu ini. Bila keras kepala dia datang, macam cakap dengan batu aje aku ni. Sofea menapak keluar dari bilik kawannya. Talifon di kocek dikeluarkan. Nombor seseorang di kenalan di cari dan didail.

Elina bangun awal pada pagi itu. Dia menyarung baju kurung kain kapas berbunga kecil dan melilit selendang berona merah jambu di kepala. Mukanya ditepek cc cushion dan bibirnya dicalit lip tint.

Cukup simple penampilannya. Dia malas mahu memasang kanta lekap, lalu dia mengeluarkan cermin mata berbingkai bulat besarnya dari laci almari dan dipakai.

"Wah, macam k-pop girls lah. Bukan Korean pop, it's Kampung pop. Yeah hahaha." Elina berseloroh sendiri.

Dia meletakkan begnya di luar rumah. Kemudian dia masuk kembali untuk memanggil Sofea. Hish Fea ni, kalau bersiap tak sah kalau tak berejam. Aku dah lambat ni. Nanti terlepas bas.

"Fea kau dah siap ke be.....lum?" Elina tercengang melihat kawannya yang masih berbungkus selimut.

"Lina, aku tak berapa sihatlah. Tak dapat nak hantarkan kau. By the way, aku dah call someone to pick you up. Kau tunggulah dekat luar. Rasanya dah sampai kot." Ujar Sofea dalam suara yang dibuat-buat serak.

Elina termakan dengan lakonan kawannya. "Sokay beb. Get well soon. Sorry aku banyak menyusahkan kau."

Elina menyarung kasut ballerinanya dan berdiri di depan pagar. Manalah teksi ni. Lambatnya. Kata Sofea dah talifon dia orang. Rungut Elina.

Dari jauh dia terlihat kelibat kereta Audi berwarna biru menghampiri. Menyampah betullah. Apa mamat ni buat dekat sini pagi-pagi?

Syahrul keluar dari keretanya. Beg ditangan Elina diambil dan dicampak ke tempat duduk belakang. Ternganga Elina dengan tindakan suaminya. "Awak buat apa ni?"

"Get in now!" Arah Syahrul sambil menolak tubuh isterinya masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.

Syahrul memacu keretanya membelahi lebuhraya. Masing-masing diam membisu. Elina tersenyum hambar. Rupanya Sofea talifon Syahrul. Masakan Syahrul boleh tahu dia ingin pergi pada pagi ini.

"Kenapa tak bagitahu nak balik kampung?" Soal Syahrul serius.

Elina hanya mengangkat bahu. See, mesti si Sofea tu dah bagitahu dia.

"Dah tak ada mulut ke nak cakap?"

"Suka hati sayalah nak balik kampung. Ada kaitan dengan awak ke?" Jawab Elina sambil membuang pandang ke luar tingkap.

"Ada! Aku suami kau , tahu? Aku berhak tahu kemana kau nak pergi. Lain kali, bagitahu kemana kau nak pergi, apa kau nak buat. Aku tak akan halang, tapi sekurang-kurangnya aku tahu. Faham tak Elina?" Tengking Syahrul kasar.

Elina memejam matanya. Entah kenapa dia terasa hati apabila dimarahi sebegitu. Hatinya tiba-tiba terasa perit. "Faham." Gumam Elina perlahan. Air mata yang yang ingin mengalir pantas diseka. Dia memalingkan wajahnya keluar tingkap.

Syahrul mendengus. Susah cakap dengan orang perempuan ni. Cakap sikit sentap. Sikit-sikit sentap.

Dia mengerling kearah isterinya. Dah tidur rupanya. Manis dan comel benar wajah itu. Sekali pandang macam remaja usia belasan tahun. Hakikatnya, umur Elina sudah menjangkau 25 tahun.

Elina menyelak helaian muka surat pada naskah surah Yasin. Bibirnya mengalunkan ayat suci itu. Syahrul di sebelah juga turut menyertai Elina.

Setelah itu Syahrul mencabut rumput luar yang menumbuh diatas pusara ayah Elina sementara Elina berbuat yang sama pada pusara ibunya yang berasa bersebelahan dengan pusara ayahnya.

"Ayah, Lina rindu ayah. Hari ni Lina datang bersama suami Lina. Lina akan pastikan yang suatu hari nanti, Lina akan melawat ayah bersama abang. Lina akan cari abang, Lina akan beli balik rumah dan tanah peninggalan ayah dengan usaha Lina. Lina sayang ayah. Doakan kebahagiaan Lina, Ayah. Semoga ayah tenang dan berada dikalangan orang yang beriman." Bisik Elina semasa memegang batu nisan ayahnya.

Syahrul sebak mendengar luahan hati Elina. "Ayah, saya akan jaga Elina bagai menjaga nyawa saya. Doakan kebahagiaan kami, ayah."

Elina yang basah dengan air mata hanya memandang suaminya dingin. Jaga aku? Heh, dia punya punchline sampai kot kalau nak buat lawak. Nak jaga aku berapa lama? Enam bulan? Elina masih lagi beremosi tika ini.

Syahrul dan Elina sama-sama menginap di homestay di Gunung Jerai. Cuma ada satu sahaja homestay yang kosong, jadi mereka terpaksa berkongsi untuk sehari semalam ini. Esok selepas subuh, mereka akan bertolak ke Langkawi. Atas permintaan Syahrul sendiri.

Elina teragak-agak sama ada ingin bertudung atau tidak. Sejujurnya dia masih kekok untuk tidak bertudung dihadapan suaminya. Walaupun Syahrul telah melihat rambutnya, tetapi itu secara tak sengaja. Bukan secara dia rela.

Syahrul menghampiri Elina dari belakang. Kain tuala yang menutupi kepala isterinya dilorot kebawah perlahan-lahan. Rambut panjang isterinya dibelai mesra.

Elina sudah membatu. Ahh parah ni. Apa yang laki aku bak buat ni??

"Tak perlulah nak tutup rambut kau depan aku. Tak salah pun kalau aku melihatnya. Dalam bilik ni cuma ada kita dua, tak ada orang lain. Jadi tak perlulah nak pakai tudung. Gantung aje tudung tu untuk pakai esok." Bisik Syahrul rapat ditelinganya.

Elina mengangguk. Dia menelan air liurnya. Posisi mereka terlalu rapat sehinggakan Elina berasa tidak selesa. Jantungnya mengepam laju. "Aw...awak.... sa..saya...nak..."

"Nak apa?" Balas Syahrul masih berbisik. Dia terbuai dengan haruman yang terbit dari helaian rambut isterinya.

"Saya nak makan. Lapar. Dah, tepilah." Ujar Elina garang. Sengaja dia menukar intonasi suaranya. Seriau apabila Syahrul menyentuh bahunya.

Syahrul mula tersedar. Dia terhanyut seketika dengan gelora di hatinya apabila melihat isterinya yang agak 'mengancam' hati lelakinya. Dia menjarakkan diri dari Elina. Risau dia akan berkelakuan sebegitu lagi.

Elina melantak mee segera dengan lahapnya. Dia tidak memperdulikan renungan suaminya. Dia terlalu lapar. Tulah, siapa suruh merajuk tak nak makan masa Syahrul ajak makan di luar petang tadi? Dah malam, baru nak merebus mee segera. Ujar otaknya memarahi tuannya.

"Kau ni, makan perlahan-lahan. Macam orang kebuluran." Ucap Syahrul.

"Yelah Encik Syahrul. Saya makan perlahan-lahan." Ujar Elina mengejek. Syahrul menggeleng. Dia menuangkan air buat isterinya.

"El, aku minta maaf sebab marah kau pagi tadi. Aku...."

"Saya dah kenyang. Seronok ni kalau dapat tidur kenyang-kenyang ni." Potong Elina. Malas mahu mendengar kata-kata suaminya. Dia berbaring diatas lantai. Perlahan-lahan matanya terkatup sendiri.

Syahrul mengeluh lemah. Susah juga nak pujuk dia ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience