BAB 6

Romance Completed 2512

Setelah Qaleesya mempersilakan masuk, perlahan-lahan daun pintu itu terkuak.

Qaleesya tergamam saat menatap wajah tetamu yang tersenyum padanya berdiri dengan sejambak orkid putih.

"Syabas dan tahniah, Qaleesya. Rashid sangat kagum dengan pencapaian Qaleesya." Ucapnya ikhlas.

Qaleesya yang masih terkejut dengan kepulangan Rashid secara tiba-tiba tanpa sebarang notis hanya mampu tersenyum. Lidahnya kelu untuk berbicara dan perasaannya juga jadi tak menentu.

Dia sendiri pelik mengapa perasaan itu datang menyerangnya dan mengapa kehadiran Rashid itu dirasa janggal.

'Barangkali sudah lama tak bertemu sebab tu janggal semacam nak berborak,” getus hatinya cuba menenangkan jiwanya yang kacau.

"Maafkan Rashid kerana menyepi selama ini, banyak perkara yang berlaku yang menuntut waktu Rashid untuk bersendirian, namun tipu kalau Rashid tidak tertanya-tanya perkembangan dan perihal kedai ini yang diterajui Qaleesya. Tapi Rashid tak punya kesempatan untuk menghubungi Qaleesya kerana ada hal lain yang perlu diuruskan. Rashid percaya yang Qaleesya mampu lakukannya sehinggalah Rashid ada terbaca satu artikel di dalam surat khabar tentang kejayaan Qaleesya membangunkan kedai bakeri legenda, Apple Seed Bakery ni semula." Jelas Rashid.

Qaleesya hanya tersenyum. Namun dalam hati, dia lega dan bersyukur kerana doanya didengari.

Dia memasang harapan agar temubual dari akhbar tempatan itu sampai ke pengetahuan Rashid yang menetap di Indonesia untuk menguruskan perniagaan hotel milik keluarganya di sana.

Dia mahu Rashid tahu akan kejayaannya, dia mahu buktikan pada Rashid yang dia telah berjaya dan mengubunginya secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience