BAB 3

Romance Completed 2512

" Qaleesya, Rashid nak minta maaf banyak-banyak pada Qaleesya. Semuanya disebabkan kecuaian rashid hingga Qaleesya yang terpaksa menanggung sakitnya.” Ujarnya lirih Qaleesya hanya diam namun dia sudah memaafkan Rashid, cuma dia tidak tahu harus bicara apa, dia tidak mahu kata-katanya nantii menimbulkan rasa bersalah yang tinggi pada Rashid.

Rashid tetap mengotakan janjinya untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kecederaan Qaleesya.

Walaupun sudah seminggu insiden itu berlaku dan Qaleesya sudahpun keluar dari hospital, namun Rashid tidak pernah jemu melawat Qaleesya di rumah.

Segala perbelanjaan perubatan Qaleesya juga ditanggung sepenuhnya oleh Rahid, itu belum termasuk ubat-ubatan dan suplemen lain yang disediakannya untuk Qaleesya.

"Sudahla Rashid, janganlah difikirkan lagi, ia bukan salah Rashid seorang tapi adalah kesalahan dan kecuaian kita berdua, Qaleesya sudah maafkan Rashid.” Ujar Qaleesya ikhlas pada suatu hari sambil berhati-hati duduk di atas pangkin rumahnya.

" Qaleesya tak pernah sekalipun anggap ini semua sebagai beban atau derita, bukankah sakit itu penghapus dosa. Qaleesya bersyukur kerana insiden itu memberi hikmah yang cukup besar buat Qaleesya, jika semua ni tak berlaku, sampai sekarang pun, Qaleesya tak tahu hati budi tunang Qaleesya yang sebenar."

" Huh? Qaleesya dah bertunang?" Qaleesya mengangguk. Di hujung anggukannya, dia memberi senyuman hambar bersama keluhan yang panjang. Rashid mahu dengan lebih lanjut mengenai tunang yang tidak pernah dilihat datang melawat Qaleesya namun segera niatnya itu dimatikan kerana tidak mahu Qaleesya berasa tidak selesa.

"Boleh Rashid tanya sesuatu pada Qaleesya?" Qaleesya memandang Rashid. Lama dia merenung pemuda yang duduk di sebelahnya. Rashid terus sabar menanti jawapan Qaleesya. Akhirnya Qaleesya mengangguk.

" Qaleesya minat dalam bidang perniagaan tak?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience