BAB 4

Romance Completed 2512

Seraya itu jugalah berkerut dahi Qaleesya mendengar pertanyaan Rashid. Soalan yang tidak diduganya itu benar-benar menimbulkan tanda-tanya dalam dirinya dan mencetus kelegaan dalam dirinya.

Qaleesya beranggapan yang Rashid mungkin mahu bertanya lebih lanjut tentang tunangnya namun jangkaannya itu salah.

"Ya, Qaleesya Minat juga. Tapi semua tu bergantung pada bentuk perniagaanlah, yang sesuai dengan minat, kalau buat kerja tanpa minat sudah tentu tak menjadi."

"Perniagaan yang macam mana Qaleesya minat?"

Ditatapnya Rashid bersama soalan yang belum terjawab, entah mengapa semakin ditatap wajah itu semakin damai jiwanya. Mengapa Rashid bertanyakan soalan itu?

17 Ogos 2017, sudah genap setahun Qaleesya menguruskan Apple Seed Bakery. Selama tempoh itu jugalah dia sudah mengharungi pelbagai pahit maung dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Berkat usaha dan kesabarannya selama ini, Apple Seed Bakery semakin maju dan dikenali ramai, malah permintaan terhadap produk yang dikeluarkan Apple Seed Bakery semakin mendapat tempat di kalangan golongan selebriti.

Qaleesya masih ingat hari pertama dia mengambil alih Apple Seed Bakery itu, Kedai itu bagaikan sudah lama mati. Kedai itu sunyi sepi tanpa ada pelanggan dan kalau ada pun boleh dikira dengan jari, pendapatan harian sangat teruk, untuk mendapatkan RM30 sehari juga sukar.

Kedai yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 petang itu adakalanya gagal untuk menjual sepotong kek coklat yang berharga RM5 walhal kek perisa coklat adalah kek paling biasa dan digemari ramai, jadi sudah tentu ia senang dijual. Namun itu pun skar untuk dicapai.

Bengang dan bosan dengan prestasi kedai yang diurusnya itu, akhirnya Qaleesya berhempas pulas melakukan pelbagai strategi dan kaedah agar kedai itu bangkit semula, meski ada kata-kata dari pekerjanya yang meminta agar kedai itu ditutup saja. Namun berputus asa bukan prinsip Qaleesya, kerana dia sudah berjanji pada Rashid untuk memajukan kedai itu. Meski tanpa ketiadaan pekerja, Qaleesya tetap menguruskan kedai itu bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience