BAB 8

Romance Completed 2512

“ Cantik betul, rasa sayang nak makan.” Jawab Rashid namun dia mula merasa hidangan pertama yang ada di sebelah kirinya.

Keenakan puding kelapa yang cukup enak dan luar biasa rasanya, tidak seperti puding kepala yang pernah dirasainya. Di dalam puding itu juga terselit hirisan kepala juga beberapa kelopak bunga pelbagai warna yang boleh dimakan.

Sungguh cantik persembahan menu ini. Rasanya juga yang lemak-lemak manis membuatkan semangkuk hidangan tidak cukup untuk Rashid. Dia benar-benar teruja.

Qaleesya memerhati Rashid dengan penuh gembira kerana aksi Rashid saat ini persis seorang kanak-kanak yang begitu gembira dapat masuk ke kedai mainan.

Rashid kemudian menjamah hidangan kedua.

"Apa ni? Unik rekaan kek ini seperti ukiran bunga orkid.”Soal Rashid saat dia ingin menikmati hidangan terakhir.

"Ini kek lapis orkid, setiap lapisan kek ini kalau dipotong akan mempamerkan bentuk bunga orkid yang terselit di dalam kek ini, malah warna ungu yang terdapat dalam kek ini juga diperolehi secara natural menggunakan warna bunga sweet wood violet” jelas Qaleesya lagi bersemangat.

. Tapi, baulu gulung." Dahi Rashid sedikit berkerut hairan dengan menu yang disifatkannya pelik dan terlalu cantik untuk dimakan.

"Subhanallah sedapnya! Pada mulanya saya agak skeptikal apalagi saya ni seorang lelaki, jangan kan bunga nak makan sayur pun kena fikir dua kali namun kek ini sangat-sangat sedap. Kek ini seakan membawa saya kepada kenangan silam yang menggamit hati, terkenang memori sewaktu kecil duli bersama arwah nenek berlari-lari di kedai ini. Terbaik dan kreatif sungguh! Syabas Qaleesya!” puji Rashid melambung tinggi membuatkan Qaleesya gembira tidak terkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience