BAB 9

Romance Completed 2512

"Menu ni pada mulanya adalah flavour of the month namun entah bagaimana kombinasi dua menu ini kelapa dan kek orkid ini menjadi terkenal dan mendapat sambutan hangat, dan secara automatik kedai ini bangkit semula. Dan sebab itulah, seja dari hari itu menu ini menjadi signature kedai ini dan boleh jadi menu ini jugalah yang menghubungkan kita semula, kerana kalau tak menu ini menjadi talk of the town, sudah pasti akhbar dan TV tempatan tidak datang untuk menemuramah, dan Rashid pastinya tak tahu menahu mengenai kedai ini.” Jelas Qaleesya lagi.

Qaleesya sudah tiada cara lain untuk menghidupkan kedai ini selain terpaksa mencuba pelbagai resepi abru dan unik untuk bersaing dengan kedai kek yang terkenal.

Dia akhirnya muncul dengan idean menggambungkan puding kelapa dan kek orkid sesuai dengan logo kedai bakeri ini yang tertera logo sebiji kelapa dan bunga orkid yang kebetulan menjadi bunga kegemarannya.

Ternyata cubaannya berhasil. Saban hari, ada sahaja orang perseorangan atau syarikat-syarikat yang ingin mengadakan jamuan menempah puding kelapa dan kek orkid ini.

Bahkan ia turut ditempah dalam kuantiti yang besar di beberapa majlis pelancaran produk dan perkahwinan selebriti-selebriti tanahair membuatkan dia terpaksa menambah tenaga kerja di kedai bakeri itu dan membuka satu lagi kedai khusus untuk pengeluaran di bangunan sebelah yang tidak jauh dari kedai bakeri yang sedia ada.

"Jauh mengelamun. Ingatkan siapa tu? Ingat tunang ke cik adik oi?" soal Rashid mematikan lamunan Qaleesya.

Sudah seminggu dia datang di kedai bakeri itu menemani dan meninjau keadaan kedai sementara dia masih berada di Malaysia dan seminggu itu jugalah memerhatikan Qaleesya yang asyik termenung.

"Excuse me, tolong sikit, Buat apa nak diingatkan lagi orang yang dah tak sudi. Dia dah bahagia dengan isteri dia."jawab Qaleesya selamba. Rashid mula rasa serba salah takut isu yang dibangkitnya itu menimbulkan rasa kurang selesa pada Qaleesya.

"Maafkan Rashid, Qaleesya. Rashid tak tahu..."

"Jangan risau, Rashid. Qaleesya tak kisah dan dah lama move on. Lagipun, Qaleesya sedar, gadis yang kakinya terhencot-hencot berjalan ni pasti bukan jadi pilihan sesiapa, siapa yang nakkan perempuan tempang? Tak ada yang nak,” jawabnya lirih.

"Kenapa cakap macam tu, Qaleesya. jangan jadikan isu tempang untuk haling Qaleesya bahagia, itu zalim namanya." Ujar Rashid seraya mengesat airmata yang mulai bertakung di kolam mata gadis manis di hadapannya.

"Qaleesya, Rashid tahu ini mungkin bukan masa yang sesuai, tapi kalau boleh, izinkan Rashid untuk membahagiakan Qaleesya, berikanlah peluang untuk kita berdua bahagia." Qaleesya tergamam.

Dia tidak menyangka bahawa Rashid akan menuturkan kata keramat itu seakan mengetahui isi hatinya yang bagai dijampi asmara sejak kehadiran Rashid. Airmata gembira semakin deras mengalir.

Dia bersyukur dengan rezeki dan anugerah yang tak pernah-pernah putus untuknya.

Matanya sempat mengerling ke arah puding kelapa dan kek orkid yang dipamerkan di peti pameran khas di sebelah kaunter juruwang.

“Sungguh kau memang membawa tuah, kau bukan sahaja menghidupkan kedai yang hampir mati tapi kau juga menemukan aku dengan cinta yang ku cari.” Bisik hati Qaleesya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience