BAB 2

Romance Completed 2512

"Cik...cik..." Qaleesya hanya sempat mendengar suara seorang lelaki yang berkali-kali memanggilnya, namun dia tidak berdaya ungtuk menyahut panggilan itu. Awan biru adalah panorama indah terakhir yang dilihatnya.

"Maafkan saya puan kerana telah melanggar anak puan, percayalah saya tidak sengaja kerana anak puan tiba-tiba meluru melintas jalan dan saya tidak perasan. Tapi percayalah yang saya akan bertanggungjawab ke atas anak puan dan akan tanggung kos perubatan andai ada apa-apa berlaku terhadapnya.

Meskipun suara pemuda yang mengakui telah melanggarnya itu agar perlahan, namun dapat dijelas oleh Qaleesya.

Qaleesya tidak mengendahkan suara itu tapi menanti suara si ibu yang dirinduinya, dia takut jika ini bukan dunia realiti, dia takut andai sudah tidak dapat lagi bertemu dengan ibunya.

Dadanya semakin sesak, penantiann bagai tidak bertepi hingga akhirnya…

"Puan...tengok tu. Anak puan dah sedarkan diri."

Laju saja ibu Qaleesya berlari mendapatkan anaknya, sambil menggenggam jemari Qaleesya.

Tubir matanya mengalir airmata kesyukuran dan lega kerana tempoh penuh menduga sudah berlalu dan anaknya itu sudah sedarkan diri.

Qaleesya turut menangis. Lega hatinya kerana dia masih diberi keizinan untuk bernafas di muka bumi ini. Diberi peluang untuk beribadan dah berkati kepada keluarganya.

Mata Qaleesya sempat melirik di sekitar wad dan matanya segera menangkap sepasang mata kuyu yang juga sedang memerhatikannya saat itu.

" Qaleesya, ini Encik Rashid. Dialah yang telah selamatkan Qaleesya." ujar ibunya. Wajah itu ditatap lama dan pada wajahnya terpamer sebuah keikhlasa dan kejujuran, mata mereka saling bertaut, lama dan ada sesuatu terbit darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience