BAB 5

Romance Completed 2512

"Rashid tahu, Qaleesya Untuk menghidupkan apatah lagi memajukan kedai ni bukannya mudah. Kedai ni dah semakin tenat, mungkin betul cakap mereka, kita tutup saja kedai ini."

"Jangan cakap macam tu, Rashid, ada berjuta cara di dunia ini, kita jangan mudah berputus asa, Qaleesya janji akan memajukan kedai ini dan mengembalikan semula zaman kegemilangan kedai tinggalan nenek Rashid ini, terkenal seperti suatu ketika dulu.” Rashid hanya melepaskan satu keluhan mendengarkan janji Qaleesya.

Keluhan yang bercampur baur antara harapan dan kepasrahan namun jauh di sudut hatinya dia peraya yang Qaleesya puunya azam yang kuat dan mungkin berjaya dalam misinya namun dia tidak mahu terlalu berharap.

"Buatlah apa yang patut, Qaleesya. Kalau Qaleesya nak tutup kedai ni sekali pun, Rashid tak kisah. Lagipun Rashid tak tahu bila Rashid akan pulang ke sini lagi. “ Tergamam, lidahnya kelu.

Sungguh Qaleesya terdiam. Dia tidak menyangka, rakan yang baru dikenalinya itu begitu percaya padanya hingga sanggup menyerahkan kedai yang amat disayanginya itu.

Dek terharu dan menghargai kepercayaan yang diberi itulah dia berjanji untuk menghidupkan semula Apple Seed Bakery.

"Cik Qaleesya, ada orang nak jumpa cik." Lamunan Qaleesya terhenti. Wajah Liana yang ceria dan matanya yang bersinar teruja itu ditatapnya untuk memastikan apa yang disampaikan gadis itu benar. Liana yang bagaikan mengerti dengan renungan majikannya itu mengangguk bersama kuntuman senyum.

"Jemput dia masuk, Liana."

Liana terus keluar dan menutup pintu bilik Qaleesya. Tidak lama kemudian, pintu bilik Qaleesya diketuk. Hatinya berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience