BAB 7

Romance Completed 2512

"Kenapa Qaleesya diam saja dari tadi? Apa Qaleesya tak suka ke Rashid balik?" tanya Rashid sambil merenung anak mata Qaleesya membuatkan jantung Qaleesya berdegup kencang.

"Eh, mana ada, pandai-pandai saja Rashid ni. Siapa cakap Qaleesya tak suka? Sebenarnya, Qaleesya gembira sangat hingga kelu lidah nak berkata-kata jadinya. “ Rashid ketawa kecil mendengar jawapan Qaleesya serta mimik muka pelik yang dipamer gadis itu.

"Oh ya nak tahu, kenapa Qaleesya tak tukar nama kedai ni? Bukankah hari tu lagi Rashid ada kata yang Qaleesya bebas untuk buat apa saja pada kedai ini."tanya Rashid lagi.

"Kerana nama itu ada nilai sentimental bukan saja pada Rashid tapi juga pada Qaleesya, " ujar Qaleesya sambil menguntum senyum memandang Rashid. Rashid turut membalas pandangan itu. Namun, Qaleesya dapat rasakan, pandangan Rashid jauh berbeza. Hatinya diserang cuak dan segan sekali lagi.

"Sorry Rashid, dah nak sejam Rashid di dalam pejabat ni tapi satu apapun Qaleesya tak hidang, jom kita keluar, bolehlah Rashid rasa hidangan terbaru di kedai ini.” Pelawa Qaleesya.

Rashid mengangguk dan seketika kemudian mereka jalan beriringan menuju ke ruang café di luar. Qaleesya meminta diri untuk ke dapur dan meminta Rashid menantinya. Beberapa minit kemudia, Qaleesya muncul semula bersama talam berisi beberapa hidangan.

"Jemput minum, Rashid." lalu Qaleesya melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan tempat duduk Rashid setelah meletakkan hidangan di atas meja. Qaleesya hanya memerhati Rashid yang sedang menghirup Americano Coffe yang menjadi signature di kedai ini.

"Sedap kopi ini," ujar Rashid setelah meletakkan semula cawan kopi itu di meja.

"Ni ada dua menu special yang dicipta beberaa bulan yang lalu, ini dikira flavour of the months, di sini Qaleesya akan cipta menu yang baru setiap bulan dan hanya boleh didapati dalam masa terhad. Cubalah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience