BAB 2

Other Completed 8779

“Ya, saya. Encik ni siapa? Encik ada kaitan dengan saya ke?”

Aku mengerutkan sedikit dahiku sambil turut mengamati wajahnya yang tampan itu. Seingat aku, aku tidak pernah sekalipun berkenalan dengan jejaka yang sungguh tampan yang berada di hadapanku.

“Aku RAHIMEY. Ingat tak?” Jejaka tersebut memegang wajahnya yang tampan itu sambil tersenyum manis sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun elok ke arahku.

“Oh, kau rupanya RAHIMEY! Kau dah berubah. RAHIMEY, you know what? You are totally different. Aku memang tak kenal kau kalau kau tak kenalkan diri kau. By the way, kau buat apa kat sini?”

Aku sedikit teruja ketemu dengannya. Masakan tidak senyumannya yang manis itu sahaja sudah cukup membuatkan diriku sebagai seorang wanita tidak keruan jadinya.

“Well, you know me. INSYIRAH, isteri aku pandai jaga aku. Sebab itu aku jadi handsome macam ni. Aku nak pergi firma guaman aku. Aku jadi peguam syariah. So, kau pulak macam mana?”

Dia mengangkat sedikit keningnya. Aku terpaku seketika namun, aku dapat mengawal riak wajahku.

“Aku sekarang ni jadi wedding planner and dah bukak butik pun. Anyway, tahniah sebab dapat isteri sebaik INSYIRAH.”

Aku menghulurkan tanganku sebagai tanda ingin berjabat tangan dengannya. Dia menyambutnya sambil tersenyum senget.

“SUHAILA, kau ada masa tak? Kalau ada jom kita pergi minum ke breakfast ke. Lagipun baru pukul 10. Kau dah breakfast?” Dia mengerling sekilas pada jam yang ada di pergelangan tangannya itu. Aku juga mengerling sekilas pada telefon bimbit milikku.

“Ya Allah. Aku dah lambat nak jumpa customer ni. Sorry, RAHIMEY. I don’t have time. Maybe lain kali. Emm… bye, jumpa lagi.”

Aku segera meninggalkannya sambil melambaikan tanganku kepadanya. Aku dapat melihat daripada ekor mataku dia membalas lambaianku dengan senyuman manis. Aku tersenyum tatkala mengingatkan pertemuan itu dua bulan yang lalu.

Pertemuan yang tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku. RAHIMEY, jejaka yang dapat menggetarkan jiwa wanitaku saat aku melihat wajahnya yang tampan itu. Sungguh aku tidak menyangka dia begitu tampan sekali sehinggakan aku tidak dapat mengenalinya sama sekali. Aku berbaring di atas katilku sambil jari-jemariku erat memegang foto lama itu.

“ISKANDAR,” tuturku sebaik sahaja mataku dialihkan kepada susuk tubuh yang duduk di sebelah RAHIMEY. Kejadian yang telah menimpa bakal tunangku di BB ICE CREAM CAFE setahun yang lepas telah menyebabkan aku bertemu dengan jejaka yang sungguh istimewa ini, ZUL ISKANDAR FAHRRUZI.

“Awak, sedap juga ais-krim kat sini. Tak sia-sialah awak bawa saya makan kat sini. Awak nak tau tak? Baru first time saya datang sini. Awak selalu datang sini dengan kawan awak ke?” Aku menyuap satu sudu ais-krim coklat ke dalam mulutku.

Sedapnya sehingga tidak terkata. Aku memang penggemar tegar ais-krim. Tidak kiralah apa jenis perisa dan jenama pasti tidak aku tolak asalkan ianya adalah AIS-KRIM.

“Selalu jugak saya dengan kawan saya datang makan dekat sini lepas habis kitorang training football. Lagipun owner of this café is ex-player of our football team, Harimau Malaya. Dia bersara daripada jadi football player sebab nak uruskan café ni. Dia penjaga gol tapi I don’t remember his name.” Bakal tunangku hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja sambil tangannya menyuapkan satu sudu ais krim ke dalam mulutnya.

“Oh…macam tu rupanya. Café ni pun boleh tahan juga besarnya. Siap ada pelayan lagi yang hantar dan ambil order. Memang nampak mewahlah café ni tapi harganya masih lagi berpatutan.” Aku tidak habis-habis memuji café ini sambil mataku memandang sekeliling café yang tampak mewah ini.

“Awak suka? Lain kali saya bawa awak pergi sini.” Dia hanya tersenyum apabila melihat aku amat menyenangi suasana di café ini. Aku memandang sekilas wajahnya dan kemudian pandanganku tertumpu pada suasana di café ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience