BAB 4

Other Completed 8779

“Hei, ex-kawan satu team dah lama kita tak jumpa. So, apa masalahnya sampai sayang kau ni marah-marah pekerja aku.”

ISKANDAR sudah memandangku dengan mengukir senyuman penuh makna. Aku hanya memandang wajah bakal tunangku sahaja dan menanti jawapan daripada bibirnya.

“Tak ada apa-apa pun cuma pelayan kau ni tumpahkan ais-krim dekat baju aku. Hal kecik je. Lagipun pelayan kau tak sengaja. Dia pun dah mintak maaf dekat aku. SUHAILA ni aje yang kecoh-kecoh sampai nak jumpa kau,” terangnya kepada ISKANDAR sambil menunjukkan kesan kotoran pada bajunya.

“Kalau macam tu tak apalah. SUHAILA ni memang suka kecoh-kecoh. Daripada sekolah dulu dia memang macam ni.”

ISKANDAR sudah tergelak begitu juga dengan bakal tunangku. Aku menjegilkan mataku ke arah ISKANDAR.

“Anyway, kau buat apa sekarang? Dapat tak jadi wedding planner? Tapi masa dua tahun lepas aku tak jumpa pun kau punya butik. Jadi terpaksalah aku upah orang lain untuk handle wedding aku.”

Dia mengerutkan sedikit dahinya.

“Aku dah jadi wedding planner sejak empat tahun lalu. Maybe kau tak tahu nama butik aku sebab itulah tak jumpa.

Sorrylah tak dapat tunaikan janji aku pada kau.” Aku terasa bersalah kerana tidak dapat menunaikan janjiku kepadanya.

“It’s okay. Benda dah lepas. Makanlah lagi. Order lagi. Jangan malu-malu ye, kawan lama. Hari ni aku belanja korang berdua. Aku kan dah janji pada kau masa sekolah dulu.” Dia sudah memanggil pelayannya untuk mengambil pesanan daripada meja kami.

Aku hanya tersenyum tatkala teringatkan pertemuanku dengan ISKANDAR. Kejadian yang membawa kepada pertemuan yang sungguh bermakna sekali.

AKU sudah duduk semula di birai katil setelah bangun daripada pembaringanku. Sebelah ISKANDAR, AZRA’IE, getus hati kecilku. Anak mataku memandang tepat ke arah susuk tubuh yang sedang duduk sambil menguntum senyuman yang mesra. Aku amati wajahnya betul-betul.

Ternyata ingatanku kembali kepada kejadian yang menimpaku kira-kira empat bulan lepas. Kejadian yang membawa kepada pertemuan dengan jejaka yang misteri dan tidak kurang ada terselit sedikit keistimewaan dalam dirinya. Sewaktu itu aku dalam perjalanan ke KLIA.

“Kat sini jugak dia nak rosak. Masa aku nak pergi KLIA nilah kereta nak rosak. Memang malang betullah hari ni. Kalau aku tak pergi jemput dia nanti dia marah pulak.”

Aku menggaru-garu kepalaku yang dilitupi tudung sambil memandang ke arah kereta milikku. Aku sudah mula bersandar sambil berpeluk tubuh di tepi keretaku yang tersadai di tepi jalan itu. Mahu tidak mahu aku terpaksa menunggu seseorang yang sungguh baik hati untuk menolongku. Jauh di sudut hati aku berdoa kepada Tuhan supaya ada seseorang yang sudi untuk menolongku.

Dari jauh aku lihat kereta Nissan Almera berwarna putih sudah memperlahankan kenderaannya tanda untuk berhenti.

Kereta tersebut sudah berada di hadapanku. Aku lihat pintu di bahagian pemandu sudah terbuka. Seorang jejaka yang dalam lingkungan sebaya denganku keluar apabila pintu bahagian pemandu terbuka dengan memakai kaca mata hitam dan kot hitam tersarung di tubuhnya. Jejaka itu sudah berjalan perlahan menuju ke arahku. Aku terpaku seketika tatkala melihat dirinya yang begitu berkarisma dan mempunyai aura tokoh ahli korporat.

“Cik, kereta cik ni rosak ke?”

Tubuhnya yang tinggi lampai dan agak sasa itu sudah mendekatiku. Dia melihat keretaku yang tersadai itu.

“Emm… ye. Saya tak tahu macam mana boleh rosak kat tengah jalan ni. Saya dahlah nak ke KLIA.” Aku sudah menggeleng-gelengkan kepalaku.

“Kalau macam tu tak apalah. Nanti saya call kawan saya. Biar dia bawa kereta cik ke workshop dia. Cik kata tadi nak ke KLIA kan? Kebetulan saya pun nak ke sana. Biar saya tumpangkan cik ke sana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience