BAB 10

Other Completed 8779

Sepertinya wanita ini begitu mementingkan gaya dan penampilan dirinya. Sementara aku hanya mengenakan pakaian santai sahaja. Baju t-shirt lengan panjang bersama seluar jeans dan tudung hitam tersarung di tubuhku.

“Maaf. Saya tak sengaja.” Aku sudah memulakan bicara.

“Maaf konon. Awak ni lain kali kalau jalan tu mata letak kat depan bukan letak kat lutut.” Sinis sungguh kata-katanya itu.

Aku sudah mengetap gigi kerana geram dengan kata-katanya itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku menampar mukanya. Sombong sungguh wanita itu. Dia sudah membuka kaca mata hitam yang dipakainya.

Sebaik sahaja dia membuka kaca mata hitam miliknya itu, wajahku terus diamati olehnya. Dia tidak putus-putus mengamati wajahku. Aku hanya membatukan diriku apabila menyedari perbuatannya itu. Kini, setiap inci wajahku dan susuk tubuhku diamatinya.

“Are you…SUHAILA?”

Wanita itu mula bertanya kepadaku sambil jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah wajahku.

“Yup, dan awak…”

Aku teragak-agak untuk mengeluarkan kata-kata. Saat ini aku sudah mengerutkan keningku.

“I’m NABILA. Ingat tak?” Dia pantas memperkenalkan dirinya sebaik sahaja menyedari kerutan di keningku.

“Oh, kau NABILA rupanya. Aku hampir tak kenal kau. You look such a gorgeous woman.”

Aku sudah mula memeluk dirinya. Dia juga memeluk erat diriku. Air mataku juga sudah berhamburan keluar.

“Hey, don’t cry…”

Dia meregangkan pelukan erat kami lalu jari-jemarinya ligat mengesat air mataku yang sudah merembes di pipiku.

“So, sekarang kau buat apa? Kau buat apa kat sini?”

Aku bertanya kepada dirinya sambil tersenyum memandang wajahnya yang tercalit sedikit solekan itu.

“Aku sekarang dah jadi fashion designer yang terkenal. Aku nak pergi LA ada fashion show kat sana…”

“NABILA.”

Suara tersebut memanggilnya dari jauh menyebabkan dia menunjukkan isyarat tangan menyuruh empunya suara tersebut menunggunya sebentar. “…aku dah lambat ni. Lain kali kita borak lagi. I got to go…”

Dia sudah mula mengatur langkah meninggalkanku sambil menarik bagasi hitam. Dia melambaikan tangannya dan bergegas menuju ke balai berlepas. Aku membalas lambaiannya. Ya, mungkin lain kali kita akan berjumpa lagi. Aku mengiakan kata-katanya. Ternyata gadis yang sentiasa bersederhana dalam penampilannya sudah berubah menjadi seorang wanita yang amat menitik beratkan setiap inci penampilannya. Aku kembali mendakap erat foto lama tersebut.

PANDANGAN mataku terus dialihkan kepada susuk tubuh seorang wanita yang berkulit kuning langsat itu. Sebelah NABILA, HANUM, getus hati kecilku.

Gadis itu sedang berdiri sambil tersenyum manis. Kejadian yang menimpa dirinya kira-kira sebulan yang lalu menyebabkan berlakunya pertemuan yang sungguh manis antara aku dan dirinya. Ternyata gadis berwajah bulat ini tidak kurang hebatnya dalam dunia perniagaan. Kejadian tersebut berlaku sewaktu aku hendak keluar dari butik milikku.

“Hei, Yana! Kau nak ikut aku tak pergi lunch.” Aku sudah berdiri di muka pintu sambil memegang pemegang pintu.

Pekerjaku merangkap rakanku sudah mengangkat wajahnya tatkala aku memanggilnya namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience