BAB 7

Other Completed 8779

Aku juga mengikuti langkahnya perlahan-lahan. Begitu juga dengan bakal tunangku yang berjalan di tepiku.

“Macam mana matlamat kau nak anak 15 orang tu? Tercapai tak?”

Aku sudah mula tergelak kecil apabila mengajukan soalan tersebut kepada dirinya. Dia juga tergelak besar mendengar soalan itu. Bakal tunangku hanya tersenyum sahaja.

“Tak dapat pun. My wife tak nak anak ramai.” Ternyata gelak tawanya masih bersisa.

“Eh, jom kita pergi lunch. Dah pukul 1:30 ni. Perut aku pun dah lapar. Hari ni aku belanja sebagai tanda maaf. Nanti kita boleh borak panjang lagi,” sambungnya mengajak kami berdua. Aku dan bakal tunangku hanya mengangguk tanda setuju dengan ajakannya itu.

Pertemuanku dengannya merupakan pertemuan yang paling manis. Siapa sangka dia boleh menjadi seorang ahli korporat yang berjaya. Sifatnya yang periang dan mudah didekati membuatkan aku berasa selesa berteman dengannya.

Dia juga suka bercerita mengenai kehidupannya dan matlamatnya. Ketiadaannya pada waktu sekolah dahulu amat dirasai oleh rakan sekelasku yang lain termasuk diriku. Kali ini air mataku tidak dapat dibendung lagi. Mengalir deras namun, aku pantas menyeka sebaik sahaja air mataku cuba menyentuh pipiku.

AKU duduk di atas kerusi meja solek dan membelakangkan cermin solek itu. Foto lama itu masih lagi berada dalam gengamanku. Pandanganku kembali terarah kepada foto lama itu.

“NADIHA,” tuturku apabila pandangan mataku sudah tertancap kepada seorang gadis comel dan genit yang sedang berdiri sambil mengukir senyuman yang menggoda.

Pertemuanku dengan gadis berkulit sawo matang itu kira-kira seminggu lalu kembali terlayar di ruangan mataku saat ini. Tidak semena-mena bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman. Pertemuanku dengan gadis itu di pasar malam merupakan pertemuan yang indah sekali.

“SUHAILA, jomlah balik. Dah lewatlah ni.”

Rakanku sudah mula gelisah dan mengajakku untuk pulang ke rumah sewa kami. Dia mula memaut lenganku dan perlahan-lahan menarikku untuk pergi dari pasar malam tersebut.

“Ala kejap lagilah. Aku ada nak beli barang sikit.” Aku mula melepaskan pautannya daripada lenganku.

“Kau nak beli apa lagi? Dah banyak ni. Aku penat. Nak balik.” Dia menunjukkan empat beg plastik yang berisi makanan yang kami beli sebentar tadi sambil melepaskan keluhan berat.

“Kalau kau penat, nah ambik kunci kereta ni…” Aku mengeluarkan kunci daripada poket seluar jeansku. “…kau pergi masuk dalam kereta dulu. Relaks dulu. Tunggu aku. Nah, masukkan sekali plastik ni dalam kereta.”

Aku memberi beg plastik yang berisi makanan kepadanya. Dia menyambutnya dan tersenyum kelat.

“Kau jangan lama-lama pulak.” Dia memberi peringatan kepadaku.

“Promise…”

Aku sudah mengangkat sebelah tanganku untuk meyakinkannya. Dia hanya mengangguk kecil sambil berlalu pergi meninggalkan aku seorang diri. Aku hanya memandang kelibatnya yang sudah hilang dalam keramaian orang yang berada di situ. Mataku melilau-lilau mencari gerai makanan yang menjadi pilihanku. Aku berhenti di sebuah gerai yang menjual burger.

“Kak, bagi burger ayam dua.” Aku memesan burger itu kepada penjual burger.

Dia hanya mengangguk sahaja sambil memberi isyarat kepada seorang rakannya supaya menyuruh membuat dua burger ayam. Memandangkan begitu ramai pelanggan yang menunggu aku terpaksa menunggu hampir dua puluh minit.

“Dik, nah ni burgernya.” Penjual wanita itu sudah memberi aku beg plastik yang berisi dua burger ayam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience