BAB 12

Other Completed 8779

“Oh, sekarang aku jadi usahawan kerepek yang berjaya. Emm…aku dah kahwin. Sorry, aku tak jemput kau sebabnya lost contact.” Dia sudah mula menyeka air mata yang mula berlinangan di tubir matanya.

“Tak apa. Aku faham.” Aku memegang bahunya untuk memujuknya. Ternyata gadis yang aku kenali dahulu menjadi seorang wanita yang sangat berjaya dalam perniagaannya. Gadis yang dahulunya biasa sahaja kini menjadi seorang wanita yang sangat hebat.

AKU mulai berdiri dan menuju ke arah tepi tingkap bilikku. Foto lama itu masih berada erat dalam genggaman tanganku. AZHANI, bisikku. Tidak semena-mena dadaku merasa sebak tatkala pandangan mataku tertumpu pada susuk tubuh seorang gadis yang pada diriku sungguh istimewa. Ya, pada pandangan mataku gadis ini sungguh istimewa.

Pertemuanku dengan gadis yang berlesung pipit itu kira-kira tiga bulan lalu sudah cukup mengujakanku dan sedikit sebanyak dapat melespakan rinduku terhadap dirinya. Pertemuanku dengannya di sebuah hotel mewah sekitar ibu kota kembali terlayar di ruangan mataku.

“Helo, Yana! Kau lambat lagi ke nak sampai?” Aku sudah berada di hadapan pintu hotel tersebut.

“Kejap lagi aku sampai. Aku sangkut kat jam ni.” Kedengaran suara Yana di hujung talian.

“Kalau boleh kau cuba cepat sikit tau. Banyak kerja kita nak buat ni.” Aku mula melangkah ke ballroom sambil memegang beberapa kuntum bunga dan keperluan untuk menghias dewan hotel ini.

“Okay.” Yana terus mematikan talian tanpa sempat untuk aku mengakhiri perbualan kami.

Hari ni aku akan menjalankan tugasku sebagai seorang perunding dan perancang perkahwinan. Bersama dengan tujuh orang rakan sekerjaku kami akan merealisasikan impian bakal raja sehari. Mungkin kami akan akan menginap di hotel ini satu malam.

“Rin dengan Lan pergi letak barang-barang ni dekat ballroom dulu. Emm…Zul dengan Ain pergi ambik barang-barang yang ada lagi kat dalam van tu. Kau, Liya ikut aku pergi check in bilik hotel kita.”

Aku memberi arahan kepada pekerjaku. Mereka mengikut sahaja arahanku tanpa membantah. Nasib baik family pengantin bagi bilik penginapan ni, kalau tak jangan haraplah kitorang nak duduk hotel mewah macam ni. Aku sudah mula mengatur langkah menuju ke bilik hotel.

Pekerjaku juga hanya membontotiku sahaja. Sebaik sahaja selesai check in, aku dan Liya bergegas ke pintu hadapan hotel untuk menunggu Yana. Ternyata Yana sudah menunggu kami berdua di pintu hadapan.

“Korang pergi mana?” Yana menerjah kami berdua sebaik sahaja aku dan Liya menghampirinya.

“Kitorang pergi check in.” Liya memulakan bicara.

“SUHAILA, kau pergi ambik barang-barang selebihnya kat dalam kereta aku. Ni kuncinya. Jangan lupa kunci sekali ye.”

Yana sudah pun menuju ke ballroom hotel bersama Liya sambil menarik bagasi yang berisi barang keperluan untuk menghias ballroom tersebut. Aku segera pergi ke tempat parkir kereta dan menuju ke bonet kereta Proton Waja milik Yana.

Aku membuka bonet kereta tersebut dan mencapai dua buah pasu bunga yang berwarna putih. Aku segera menutup bonet kereta tersebut dan menekan punat lock pada kunci tersebut.

Aku memegang dua buah pasu bunga tersebut agak tinggi, memandangkan ketinggian pasu bunga tersebut separas pinggangku. Aku berjalan laju menuju ke arah ballroom tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Yang aku mahu hanya satu sahaja, ingin sampai cepat kerana dua buah pasu ini terlalu berat. Walaupun pasu ini bukan daripada seramik ataupun kaca tetapi ianya berat.

Sebaik sahaja aku melintasi front desk dan menuju ke ballroom, aku terasa seperti bahuku berselisih dengan seseorang. Ianya sungguh kuat sehingga aku terdorong ke belakang sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience