BAB 1

Other Completed 8779

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa dalam hidupku. Hari ini ialah hari yang paling tidak akan aku lupakan seumur hidupku. Hari yang paling menggembirakan buatku. Tidak lama lagi majlis yang istimewa akan bermula. Tidak lama lagi tetamu akan hadir memenuhi setiap inci ruang tamu di kediamanku. Ya, majlis pertunanganku akan berlangsung pada hari ini.

Sedari tadi aku berada di kamar beraduku menunggu pekerja di butikku datang. Aku terasa amat berdebar-debar menunggu saat itu tiba. Jantungku tidak berhenti berdegup sedari tadi namun, aku kawal perasaanku kali ini. Aku kawal dengan tersenyum penuh makna. Senyumanku terhenti sebaik sahaja melihat kotak kecil berwarna coklat yang berada di sudut bilikku.

“Sejak bila ada kotak kat sini?” Aku segera mengambil kotak kecil yang berwarna coklat itu.

Sepertinya kotak tersebut sudah lama kerana habuk menyeliputi luaran kotak kecil itu. Aku melabuhkan punggungku sambil memegang erat kotak tersebut.

‘KENANGAN KUSISS’

Perkataan itulah yang tertera pada penutup kotak tersebut. Beribu persoalan bermain di mindaku tatkala aku melihat perkataan tersebut. Tanpa membuang masa aku membuka penutup kotak tersebut untuk mengetahui isi kandungan yang ada di dalam kotak tersebut. Ternyata di dalamnya hanyalah album foto-foto lama sewaktu zaman persekolahan lalu. Foto-foto tersebut kubelek satu persatu. Ternyata kenangan sewaktu zaman sekolah menengah dahulu amatlah indah.

Aku memberhentikan jari-jemariku daripada terus membelek helaian muka surat album foto tersebut apabila mataku dapat menangkap sekeping foto kelasku dahulu. Aku mengeluarkan kepingan foto itu lalu kutatap foto itu.

Eh, ini bukan gambar kelas 4 IHSAN dulu kan, getus hati kecilku sambil menatap lama wajah-wajah kawanku.

Aku tersenyum sendiri tatkala mengingati kembali kenangan sewaktu berada di kelas 4 IHSAN dulu. Suka, duka, senyum, tawa, tangis semua ada di dalam kelas tersebut. Memori indah terpancar di mindaku tatkala aku merenung lama foto itu. Kini, usiaku sudah menginjak ke angka 29 tahun. Bermakna sudah 12 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan yang sungguh indah itu. Aku mengira murid yang ada di dalam gambar tersebut.

“1,2,3…” Jari-jemariku ligat menunjuk satu persatu wajah rakan-rakanku dahulu.

“Wah, ada 13 oranglah! Baru aku ingat kelas 4 IHSAN lah kelas yang paling sikit.” Aku menepuk dahiku sambil tergelak kecil.

MEMORI sedikit sebanyak tentang rakan-rakan kelasku di 4 IHSAN sudah terpancar di mindaku. Empat orang lelaki dan sembilan orang perempuan. Itulah bilangan murid yang ada di kelas kami.

Yang di barisan depan sebelah kanan ni, RAHIMEY.

Jari telunjukku menunjuk wajah seorang jejaka yang sedang duduk sambil tersenyum itu. Pertemuanku dengan jejaka segak dan tampan itu dua bulan yang lalu terus segar dalam ingatanku. Sewaktu itu aku hendak menuju ke butik milikku.

Alamak dah pukul 10 pagi! Aku dah lambat! gumamku sambil berjalan laju menuju ke butikku.

Dengan tidak semena-mena aku terlanggar bahu seorang jejaka lalu katalog dan fail yang sedang aku pegang terjatuh ke bawah.

“Eh, cik saya minta maaf.” Jejaka tersebut menghulurkan kembali katalog dan fail yang terjatuh itu kepadaku.

Aku terkedu seketika tatkala melihat wajah jejaka tersebut. Jantungku seakan-akan berhenti berdegup saat melihat ketampanan wajahnya itu. Ketampanan pada wajahnya jelas terserlah. Aku tidak berkata apa-apa sehinggalah jejaka itu bertanya kepadaku.

“Cik ni SUHAILA, kan?”. Jejaka tersebut mengamati wajahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience