BAB 18

Other Completed 8779

Aku hanya mengangguk sambil mematikan enjin kereta. Aku dan Reena sudah bergerak menuju ke pintu pagar rumah teres dua tingkat itu. Nampaknya nursery ini begitu selamat untuk anak-anak kecil.

Setelah loceng ditekan sebanyak dua kali barulah kelibat seorang wanita muncul. Wanita itu menuju ke arah kami berdua. Aku terkesima seketika tatkala melihat wajah wanita tersebut. Wajahnya amat aku kenali dahulu. Aku amati wajah wanita yang sedang menuju ke arah kami.

“Jemputlah masuk,” pelawa wanita tersebut apabila membuka pintu pagar itu. Aku dan Reena melangkah masuk ke dalam nursery tersebut.

“Puan nak hantar anak puan, ke?” tanya wanita tersebut kepada Reena.

Suaranya juga amat aku kenali, namun aku buang perasaan tersebut jauh-jauh. Mungkin kebetulan. Aku cuba menyedapkan perasaanku sahaja. Reena mengangguk lantas menyerahkan anak kecilnya yang dikendong itu kepada wanita tersebut. Kini, anak kecil itu sudah bertukar tangan.

“Nanti pukul lima petang saya ambik anak saya.” Reena menghulurkan beg berisi keperluan anak kecilnya kepada wanita tersebut.

“Lina jangan nakal-nakal. Lina ikut auntie…” Reena mencubit pipi gebu anaknya itu.

Menyedari Reena bertanyakan nama wanita tersebut, dia terus memperkenalkan dirinya. “Lina ikut Auntie AFIQAH…” Wanita tersebut pantas menghabiskan ayat Reena.

Aku terkejut mendengarkan nama wanita tersebut. Ternyata telahanku selama ini benar. Kali ini, aku tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejutku.

“Kau AFIQAH ke? Kau ingat aku tak, SUHAILA?” Aku pantas bertanya kepadanya.

“Aku ingat kau. Mana boleh lupa.” Aku segera memeluk erat tubuhnya. Reena tersenyum sahaja melihat kami berdua. Pertemuanku dengannya amat mengejutkan dan tidak disangka-sangka. Pertemuan dengan gadis comel itu sudah cukup bermakna bagi diriku.

TIDAK semena-mena air mataku tumpah sekali lagi. Kali ini, air mataku tidak dapat dibendung lagi. Air mataku merembes-rembes keluar. Tatkala itu segala kenangan bersama kawan-kawan sekelasku kembali memenuhi ruang mindaku. Aku bawa foto lama itu ke dalam dakapanku. Aku dakap erat-erat foto lama itu. Rinduku terhadap rakan-rakanku dahulu tidak dapat dibendung lagi.

Satu per satu wajah rakan-rakanku dahulu kembali memenuhi ruang mataku. RAHIMEY, ISKANDAR, AZRA’IE, AFIQ NORAZMAN, NADIHA, NABILA, HANUM, AZHANI, AISYAH, HAIFA, ALIA dan AFIQAH.

Rakan-rakanku dahulu yang mewarnai kehidupan seharianku. Rakan-rakan yang mengajar aku erti dan makna sebuah kehidupan. Rakan-rakan yang menghulurkan tangannya kepadaku ketika aku sedang meraba-raba dalam kegelapan. Rakan-rakan yang mampu membuat aku tersenyum kembali selepas aku kecewa.

Rakan-rakan yang menceriakan hidupku walaupun banyak kesusahan dan tekanan yang melingkari hidupku. Rakan-rakan yang senantiasa mendampingiku ketika kesedihan membelenggu diriku. Rakan-rakan yang mampu berkongsi masalah dan kekecewaan bersama. Rakan-rakan yang boleh berkongsi cerita apa pun. Rakan-rakan yang mengajar aku erti sebuah persahabatan yang sebenarnya.

Suasana hening mula menerjah diriku saat ini. Aku biarkan sahaja air mata ini merembes-rembes keluar. Biarlah air mata ini keluar sebanyak mana pun asalkan ianya keluar untuk rakan-rakanku.

“SUHAILA, bukak pintu. Aku ni, Yana.”

Ketukan pintu itu membuatkan aku terkejut lantas aku kesat air mataku yang membasahi pipi ini. Aku lepaskan pegangan erat foto lama itu dan menghempaskannya di atas katil. Aku mula berdiri dan kembali memandang ke arah foto lama tersebut. Sayu rasa hati ini. Rindu terhadap rakan-rakanku dahulu sudah mula menyelubungi diriku.

“SUHAILA, cepat bukak pintu.”

Ketukan bertalu-talu itu membuatkan aku segera menuju ke pintu bilikku. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan. Perlahan-lahan jariku menyentuh tombol pintu dan memulas tombol pintu itu.

“Ha, bukak pun. Kenapa susah sangat kau nak bukak pintu ni?” Kelihatan Yana sudah menarik nafas lega.

Rakan-rakan sekerjaku juga turut berada sama dengan Yana. Aku hanya tersenyum sahaja.

“Kau menangis?” Yana memegang pipiku.

Menangis? Mengapa hari ini aku perlu bersusah payah mengeluarkan air mata ini? Sepatutnya hari ini aku perlu bergembira. Berkali-kali aku menidakkan perasaanku saat ini namun, aku tidak mampu.

Aku memegang perlahan pergelangan tangannya dan menarik tangannya supaya tidak lagi memegang pipiku. Aku menyuruh mereka untuk masuk. Yana sudah berkerut-kerut memandangku.

“Kau tak payah risau. Aku tak apa-apa.”

Aku mula mengukir senyuman hambar. Jauh di sudut hatiku saat ini aku ingin ketemu semula dengan rakan-rakan yang dahulunya menjadikan hidupku seindah pelangi dan menyinari hidupku seperti matahari. Aku berharap kita akan bertemu suatu hari nanti. Aku tidak tahu bila namun, aku tahu pastinya hari itu akan tiba juga nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience