BAB 16

Other Completed 8779

“Bila kau balik dari Manchester? Kau sekarang buat apa?” Aku meleraikan pelukan erat kami.

“Dua tahun lepas. Sekarang ni aku jadi akauntan dekat bank.” Ternyata dia begitu gembira dengan pertemuan ini. Bibirnya tidak lekang daripada mengukir senyuman. Aku juga gembira bertemu dengannya. Aku tergelak tatkala teringatkan pertemuanku dengan gadis aktif itu. Kejadian yang membawa kepada pertemuan yang sangat istimewa.

AKU kembali duduk di birai katil milikku. Mataku kembali terarah kepada foto lama yang berada dalam genggaman eratku. ALIA MARJAN. Anak mataku tertumpu kepada gadis berkulit cerah dan bermata bundar itu.

Gadis yang aku kenal sentiasa menceriakan hidupku seperti AFIQ NORAZMAN. Ketawa bersama hingga tidak keruan jadinya. Ideanya untuk membuat kami sekelas pecah perut tidak pernah kering. Walaupun sifatnya agak kasar seperti lelaki namun, di sebalik dirinya ada terselit sedikit kelembutannya.

Kelembutannya itu telah menambat hati seorang jejaka. Keayuan dan kelembutannya itu telah membuatkan dirinya nampak begitu istimewa di mata jejaka tersebut. Siapa jejaka bertuah tersebut? Biarlah dia sahaja yang mengetahuinya.

Pertemuan dengan dirinya kira-kira dua minggu lepas telah mengujakan diriku. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu telah membuatkan diriku begitu teruja sekali.

Aku mengorak langkah ke satu-satunya syarikat fotografi yang terkenal di ibu kota. Aku berada di sini untuk membuat tempahan photographer bagi majlis pertunanganku tidak lama lagi. Aku pergi ke syarikat tersebut dengan ditemani oleh seorang rakanku, Yana. Bakal tunangku tidak dapat menemaniku kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan. Tidak mengapa asalkan ada rakanku yang mahu menemaniku.

Tepat jam sepuluh pagi aku dan Yana sudah masuk ke dalam pejabat fotografi tersebut. Aku lihat ada seseorang sudah setia menunggu kedatangan kami. Kami melangkah ke arahnya sambil tersenyum mesra. Dia turut membalas senyuman kami.

“Sila duduk.” Dia mempersilakan kami untuk duduk.

Kami pun melabuhkan punggung di sebuah sofa panjang. Kelihatannya santai sahaja perbincangan kami ini.

“Cik ni ke yang buat appointment semalam?” Aku menggangguk.

“Saya Encik Baddrol. Manager office ni. You can call me Encik Bad.” Lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu memperkenalkan dirinya kepada kami.

“Oh, saya SUHAILA…dan ini kawan saya, Yana.” Giliran aku pula memperkenalkan diri kami. Lelaki tersebut hanya tersenyum.

“So, awak nak khidmat photographer daripada syarikat kami ni?” Aku menggangguk lalu memandang Yana yang berada di sebelahku.

“Bila majlis awak tu?”

“Lebih kurang dua minggu lagi.” Aku pantas menjawab.

“Anyway, Encik Bad. Can I have a professional photographer during my ceremony? Kalau boleh saya nak seorang atau dua orang sahaja fotografer dan kalau boleh saya tak nak yang amatur.” Aku menjongketkan sedikit keningku.

“Nak yang professional ya?”

Dia sudah menyandarkan tubuhnya pada sofa yang bertentangan dengan kami. Aku mengangguk laju.

“Kalau awak nak yang professional saya boleh bagi. Nanti saya panggil dia supaya awak boleh deal dengan dia.”

Encik Bad segera menuju ke meja pekerjanya yang dikatakan seorang photographer professional itu. Aku dan Yana berpandangan sesama sendiri sambil memberi senyuman menuh makna.

“This is she. Our only professional photographer.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience