BAB 4

Horror & Thriller Completed 863

Seluruh tubuhnya kesejukan. Badannya juga mula menggeletar ketakutan.

Sufi cuba menyedapkan hatinya bahawa semua rasa takut di hatinya itu cumalah perasaan semata-mata.

Dia menyambungkan wayar USB kameranya kepada komputer riba yang telah dipasang suisnya tadi. Dia memilih semua gambar yang ada di kameranya untuk disalin ke komputer ribanya.

Dia menyalin semua 100 fail gambar yang telah dirakamnya. Namun, hanya tiga daripada 100 fail sahaja yang berjaya disalin.

Sufi mencuba untuk menyalin semula. Namun, gagal. Hanya tiga fail sahaja berjaya disalin. Kening milik Sufi mula berkerut aneh. Tidak pernah kejadian seperti itu berlaku kepadanya sebelum ini.

Sufi mencuba sekali lagi. Keputusannya masih sama, gagal. Keluhan berat mula keluar dari mulut Sufi.

“Apa masalahnya ni. Kenapa tiga gambar ni je boleh copy. Gambar apa ni?” rungut Sufi.

Dia membuka tiga fail gambar yang berjaya disalin itu. Tatkala membuka fail gambar yang pertama, Sufi baru teringat dia ada merakamkan gambar pohon beringin yang berhampiran dengan rumah pasangan pengantin itu petang tadi.

Dia membuka fail gambar kedua, juga gambar pohon beringin itu. Namun, apabila fail gambar ketiga dibuka, Sufi terkejut besar. Mulutnya ditekup dek perasaan terkejut dan takut.

Kelihatan jelas figura seorang perempuan tua berbaju putih, berambut putih, bermata merah semerah biji saga dan memegang tongkat. Sufi tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Si. Siapa ni?” bisik Sufi dalam ketakutan. Dia pasti ketika dia merakamkan gambar pohon itu, tidak ada sesiapapun berdiri di hadapan pohon itu. Tetapi, siapa pula figura itu?

“Akuuuuu,” kedengaran suara halus berbisik di telinga Sufi. Jantung Sufi bagaikan ingin meletup saat itu. Siapa. Siapa yang berbisik di telinganya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience