BAB 7

Horror & Thriller Completed 863

“Taa. Tak nak! Aku takkan bagi Syaitan makan!” jerit Sufi. Setelah beberapa ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran, dia semakin beroleh kekuatan untuk melawan nenek tua itu. Dia semakin berani. Wajah nenek tua itu kembali bengis.

“Kalau macam tu, aku akan terus kacau kau. Hahahahahahaha. Hehehehehehe,” ujar nenek tua itu dengan hilai tawa. Sufi menangis. Dia berdoa agar Allah memberinya jalan keluar.

“Aaa. Allah! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!” tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran Sufi untuk bertakbir. Selepas takbir ketiga, nenek tua itu tiba-tiba lenyap. Dan setelah itu, Sufi cuba berjalan keluar dari Homestay tersebut namun rebah lalu tidak sedarkan diri.

“Sufi. Sufi,” panggil Aishah. Sufi merasakan kepalanya sengal. Seluruh tubuhnya kesakitan.

Perlahan dia membuka matanya. Dalam kesamaran, dia lihat Aishah tersenyum kepadanya. Di manakah dia?

“Syukur Alhamdulillah, Sufi dah sedar,” ucap Aishah lega. Aishah membantu Sufi untuk bangun. Sufi memegang kepalanya yang sakit.

Di situ bukan hanya Aishah seorang sahaja. Malah ada Megat dan sepasang suami isteri berumur lewat 40-an sedang tersenyum memandangnya. Siapakah pasangan suami isteri itu?

“Saa. Saya kat mana? Kenapa dengan saya?” ujar Sufi lemah.

“Kita sekarang di rumah ustaz Manaf dan puan Hayati. Pagi tadi, masa Aishah nak datang hantar sarapan kat Sufi, Aishah jumpa Sufi pengsan depan pintu Homestay. Aishah bawa balik rumah. Tapi, lepas tu Sufi meracau-racau tak sedarkan diri. Itu yang petang ni Aishah dengan Megat bawa Sufi ke rumah ustaz Manaf untuk berubat,” terang Aishah panjang lebar. Sufi hanya mendengar lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience