BAB 3

Horror & Thriller Completed 863

Setelah selesai mengambil gambar terakhir Megat dan Aishah, Sufi sempat pergi ke pohon beringin itu.

Dia mengambil beberapa keping gambar pohon beringin itu sebelum pulang ke Homestay tempat dia menginap.

Tujuannya mengambil gambar pohon beringin itu cuma satu, dia mahu pastikan samada benar atau tidak di pohon itu terdapatnya penunggu seperti yang dikatakan Aishah.

Jika penunggu itu wujud, pasti gambarnya juga wujud di dalam gambar yang dirakamnya itu.

Walaupun sesi pengambaran bersama Megat dan Aishah sudah selesai, Sufi merasakan ingin menetap selama tiga hari lagi di Kampung Beringin itu. Sufi tinggal di ‘Hutan Batu’.

Jadi, apabila sekali-sekala merasakan kehidupan di kampung yang nyawan dan mendamaikan, sudah tentu dia seronok dan ingin menginap lebih lama.

Setelah membersihkan badan, Sufi memulakan rutinnya memilih dan mengedit gambar terbaik yang telah dirakamnya. Sufi membuka suis komputer ribanya lalu mencapai kamera DSLR miliknya.

Sebaik sahaja menyentuh kamera itu, tiba-tiba sahaja angin yang amat sejuk berhembus menembusi tulang-temulang Sufi. Belum pernah dia merasakan angin sedingin itu sehingga menyebabkan semua bulu romanya tegak berdiri.

Suis kipas dimatikan dek kerana suasana sekitar biliknya yang tiba-tiba sahaja menjadi sejuk beku. Sufi segera menyelimuti keseluruhan tubuhnya dengan selimut tebal.

“Ish, kenapa tiba-tiba je sejuk beku ni?” bebel Sufi sambil kembali membelek kameranya. Tiba-tiba, Sufi merasakan seperti ada orang menghembuskan nafas di telinganya.

Sufi menoleh ke kiri dan kanannya. Yang ada di bilik itu cuma dia seorang sahaja. Siapa yang menghembuskan nafas tadi? Jantung Sufi berdegup kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience