BAB 6

Horror & Thriller Completed 863

“Tadi kata nak jumpa. Sekarang takut? Ehehehehehehehe,” nenek tua itu terus berbicara.

Sufi terus membeku. Perasaannya saat itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia menguatkan hatinya untuk terus membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tidak lama kemudian, nenek tua itu berterbangan mengelilingi Sufi.

“Ehehehehehe. Ehehehehehehe,” hilai tawa nenek tua itu berterusan membuatkan Sufi semakin dibunuh ketakutan.

“To. To. Tolonglah. Aaa. Aaa. Apa kau nak?” akhirnya Sufi memberanikan diri untuk berbicara. Nenek tua itu berhenti berterbangan lalu berdiri betul-betul berhadapan Sufi. Jarak mereka hanya satu lengan sahaja. Wajah nenek tua itu bertukar bengis.

“Gambar rumah aku. Aku nak kau buang! Buang!” jerkah nenek tua itu bengis. Jantung Sufi bagaikan mahu terkeluar di situ juga.

Namun begitu, Sufi kurang faham apa yang dimaksudkan nenek tua itu dengan gambar rumahnya.

“Gaa. Gambar aaa. Apa?” tergagap-gagap Sufi bertanya. Nenek tua itu tersenyum sinis.

Tidak semena-mena, komputer riba Sufi bernyala semula. Dan secara automatik, tiga gambar pohon beringin itu diulang-ulang tayang.

“Pokok tu keras dan berpenunggu. Tak ada sesiapa pun dibenarkan dekati pokok tu. Lagipun, penunggu tu mesti akan marah kalau kita shoot kat situ.”

Kata-kata Aishah petang tadi melintasi fikiran Sufi. Sekarang Sufi mengerti, apa yang diperkatakan Aishah benar. Sekarang, penunggu pohon itu sudah marah kerana sikap kurang ajarnya. Dialah yang bersalah.

“Ya. Baa. Baiklah. Aaa. Aku padam. Aaa. Aku minta maaf,” pinta Sufi sepenuh hati.

“Ehehehehehehe. Aku nak kau hidang pulut kuning dan tiga biji telur sebagai tanda maaf. Ehehehehehe,” balas nenek tua itu. Sufi enggan menurut permintaan nenek tua itu. Kerana semua perbuatan itu perbuatan Khurafat dan Syirik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience