BAB 8

Horror & Thriller Completed 863

“Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya meracau?” tanya Sufi ingin tahu. Ustaz Manaf tersenyum.

“Tak ada apa. Awak cuma mengalami gangguan sahaja. Saya difahamkan, gangguan itu datangnya daripada kesilapan awak sendiri. Awak kacau privasi hidup dia. Dia marah. Tapi tak apa. Semuanya dah pulih. Gambar dalam kamera awak pun dah dipadamkan,” terang ustaz Manaf tanpa berselindung. Sufi sesal.

“Terima kasih, ustaz,” ucap Sufi dengan linangan airmata menyedari kesilapannya. Ustaz manaf tersenyum.

“Tak apa. Tapi, saya kagum dengan awak sebab awak tak turutkan kemahuan dia untuk hidangkan pulut kuning dan telur tu. Awak lawan dia. Awak mempunyai jiwa yang kuat. Banyakkan dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah awak akan terhindar daripada segala gangguan dan kejahatan. Ini saya ada buatkan air untuk awak. Minum dan niat untuk sembuh kerana Allah. InsyaAllah awak akan pulih seperti sediakala,” lembut sahaja ustaz Manaf berbicara. Sufi angguk dan akur.

“Oh, ya. Sufi. Malam ni, awak tidur di rumah kami sahaja. Sekadar langkah berjaga-jaga. Saya akan temankan awak,” ujar puan Hayati. Berat hati Sufi menerima pelawaan itu.

Namun apabila terfikirkan kejadian malam itu, dia menerima pelawaan itu.

“Terima kasih Aishah, Megat, ustaz dan puan,” ucap Sufi penuh kesyukuran. Mereka semua hanya tersenyum.

Sufi mengucup kitab suciAl-Quran itu setelah selesai membacanya. Jiwanya tenang. Dia benar-benar menyesali sikapnya yang sinis terhadap sesuatu yang ghaib.

Sedangkan semuanya Allah telah nyatakan dalamAl-Quran bahawa semua makhluk itu wujud cuma kebanyakan manusia sahaja yang tidak nampak.

Ketika sedang melipat telekung, telinga Sufi menangkap sesuatu. Bunyi itu sayup-sayup kedengaran ditelinganya. Dia cuba mengamati apakah bunyi itu.

“Hmmmmmmmm.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience