BAB 2

Horror & Thriller Completed 863

“Sufi, listen carefully. Bukan kami tak nak shoot kat pokok tu. Tapi,” kata-kata Aishah terhenti dek keluhan yang amat berat.

“Pokok tu keras dan berpenunggu. Tak ada sesiapa pun dibenarkan dekati pokok tu. Lagipun, penunggu tu mesti akan marah kalau kita shoot kat situ,” jelas Aishah bersungguh.

Megat turut mengangguk membenarkan kata Aishah. Sufi bingung. Dia sememangnya kurang pengalaman dunia paranormal. Jadi, dia agak sukar untuk mempercayai kata-kata Aishah.

Namun, disebabkan kampung itu kampung halaman tempat Aishah dan Megat membesar, mereka pasti lebih tahu sejarah kampung itu.

“Kita ambil gambar je, bukan buat apa pun. Takkan itu pun penunggu tu nak marah?” lancang mulut Sufi berbicara. Badannya sudah keletihan dek penggambaran yang berlansung sejak semalam lagi.

Jadi dia sedikit bengang apabila kerja yang cuba diselesaikannya secepat mungkin tertunda hanya disebabkan cerita tidak masuk akal itu.

“Lagipun, tinggal pokok tu je yang berdekatan kawasan ni. Nak pergi tempat lain dah lewat senja ni. Ada dua ke tiga shoot je lagi ni. Tolonglah cooperate dengan saya,” ujar Sufi.

Dia cuma perlu dua hingga tiga gambar sahaja lagi untuk melengkapkan video perkahwinan pasangan itu nanti. Megat dan Aishah mengeluh.

“Kalau awak tak nak percaya apa yang isteri saya cakapkan, tak apa. Yang penting, kami berdua tak nak shoot kat situ. Ambil sahaja gambar candit kami untuk penuhi shoot awak tu. Tak perlu shoot kat pokok tu,” tegas Megat berbicara. Sufi melepas keluhan. Akhirnya dia akur.

“Okay. As you wish,” balas Sufi mengalah.

Sufi merasa tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan Aishah. Malah, dia merasakan cerita yang disampaikan oleh Aishah kepadanya berkenaan penunggu pohon beringin itu hanyalah dongengan orang tua belaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience