BAB 5

Horror & Thriller Completed 863

Sebaik sahaja suara halus tu berbisik, komputer riba milik Sufi tiba-tiba sahaja mati. Begitu juga dengan kamera DSLR miliknya itu. Sufi kaget.

Kedua-dua gadjetnya itu berfungsi dengan baik sahaja tadi, bagaimana tiba-tiba boleh mati pula?

Lampu biliknya juga terpadam. Dalam keadaan yang gelap gelita itu, tingkap bilik yang tertutup rapat sedari tadi juga tiba-tiba sahaja terbuka luas. Sufi menoleh kaget.

Angin sejuk menderu masuk menampar dingin pipi Sufi. Seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan. Airmatanya mengalir laju. Dia menyelimuti seluruh tubuhnya.

Matanya dipejamkan cuba mengingati ayat-ayat al-Quran yang pernah dihafalnya. Bacaannya tunggang-langgang dek ketakutan yang menggigit setiap tubuhnya.

Tiba-tiba selimut yang menyelimuti tubuhnya, ditarik kuat. Sufi terkejut. Airmatanya mengalir kian laju.

Matanya dipejam erat. Apa jua yang ada dibiliknya itu, dia tidak mahu melihatnya. Dia takut. Dia benar-benar takut.

“Kenapa pejam mata? Takut?” suara halus itu menerjah pendengarannya.

Sufi menekup telinganya. Mulutnya terasa kebas untuk berbicara. Dia menangis sekuat hatinya.

Tatkala itu dia tidak mahu membuka matanya, namun bagaikan ada satu tarikan magnet membuka kelopak matanya. Figura nenek tua itu kini benar-benar berada di hadapannya. Sufi terpaku.

Nenek tua itu tersenyum sinis memandangnya yang sedang ketakutan.

“Pohon beringin dahannya rendang. Ehehehehehehehe,” nenek tua itu berlagu sambil disambung dengan hilai tawa.

Airmata Sufi mengalir ketakutan. Dia benar-benar terpaku saat itu, tubuhnya tidak boleh bergerak. Bagaikan disuntik dengan ubat kebas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience