BAB 1

Horror & Thriller Completed 863

~~ Laju Buai ku Laju Pohon beringin tegaknya tinggi kalau rendah menyapu bumi Penghibur aku menolong aku bertiuplah oh angin bayu laju laju buaiku laju akulah anak yatim piatu Laju Laju buaiku laju.. pohon beringin daunnya rendang akar berjalur cecah ke bumi hatiku ingin hidup gemilang... ~~

Sufi memandang sekeliling. Mencari tempat-tempat menarik untuk dirakamkan oleh lensa kameranya.

Dia suka memanipulasi alam semulajadi untuk dijadikan sebagai latar belakang setiap gambar pasangan pengantin yang dirakamkannya. Setelah beberapa minit memerhati, pandangan Sufi berlabuh di sebuah pohon beringin yang kelihatan agak tua. Hatinya merasa tertarik.

“Okay. Kita shoot kat pokok tu pulak,” arah Sufi kepada kedua pasangan baru berkahwin itu. Pasangan pengantin itu mula teragak-agak.

“Kat pokok beringin tu?” tanya Megat. Sufi memandang lalu mengangguk.

“Ya. Sana. Jom!” ajak Sufi sambil jari telunjuknya menunjuk lurus ke arah pohon beringin itu.

Aishah menggeleng ketakutan. Berkerut kening Sufi melihat gelengan Aishah. Apa yang tidak kena dengan pasangan itu?

Sedari tadi mereka bekerjasama tidak ada sebarang masalah yang timbul. Kenapa sekarang mereka enggan bekerjasama pula?

Tambahan pula sesi penggambaran petang itu sudah hampir selesai. Sebelum Maghrib menjelang, Sufi mahu segera menghabiskan sesi penggambaran hari itu.

“Why? What’s wrong?” tanya Sufi tidak mengerti. Jelas terpancar ketakutan di wajah Aishah dan Megat.

Tidak lama kemudian, Aishah menarik tangan Sufi dan berjalan agak jauh dari pohon beringin itu. Walaupun bingung, Sufi hanya menurut. Megat turut serta bersama Sufi dan isterinya, Aishah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience