BAB 4

Romance Completed 7849

Tangan Wardah terus menuang kopi ke dala cawan, baru sahaja dia mahu menghulur cawan tersebut, tangan tetamu misteri itu terlebih dahulu mencicip cawan berisi kopi panas itu dengan berhati-hati.

''Wardah yang buat kopi ni kan?''tanya jejaka misteri itu tersenyum manis.

''Yang buat kopi ni Allah, saya cuma tolong bancuhkan dan obviously bukan Fazura yang bancuh.'' sinis Wardah menjawab soalan itu.

“Dah besar Wardah. Sudah pandai bancuh kopi, sedap pulak tu,” tutur jejaka misteri itu dengan kata-kata yang agak pelik sambil sesekali menghirup kopi.

Hek eleh, takat bancuh kopi semudah ABC tu pun dah puji melambung? Aneh sungguh. Lagi satu apahal panggil aku Wardah ni? Orang panggil aku dengan nama tu bila dah kenal rapat yang ni, jumpa pun tak pernah.

''Zeeyad, kalau kau nak tahu, selepas berbelas tahun tak jumpa Wardah ni, dia bukan je terer senduk nasi ke pinggan nasi tapi terer buat kopi kaw dan sedap kalah kopi Starbucks. Tapi kalau kau suruh masak lauk pauk dia gagalis!'' selamba Tamrin mengutuk adiknya sekali lagi.

''Eh empat belas ke atau enaam belas tahun last kau datang rumah kami, aku pun dah tak ingat, tapi tak silap aku masa form 1 kan?'' tanya Tamrin lagi pada Zeeyad.

Jejaka misteri itu bernama Zeeyad? Enam belas tahun lalu? Ingatan Wardah melayang cuba mengigat semula gerangan jejaka misteri itu. Siapa dia? Teman sekampung? atau pernah satu sekolah dengannya?

''Ya betul masa aku tingkatan satu lepas tu kami sekluarga pindah ke Kuala Lumpur, sejak dari tu aku tak pernah datang ke sini lagi,'' jawab jejaka misteri itu lagi.

Walid yang melihat situasi itu seakan tidak senang dan bagai orang cacing kepanasan melihat adengan jejak kasih bekas tunangnya itu dengan lelaki asing tersebut dan dengan selamba dia meminta Wardah menuang kopi untuknya. Wardah tergamam dan hanya mengikut kata. Sungguh dia terlupa seketika yang encik mantan itu turut duduk semeja dengan abang dan jejaka misteri itu.

“Dulu masa Abang datang main-main kat rumah ni Wardah baru masuk tadika. Comel gila masa tu, abang ingat lagi gigi depan Wardah rongak macam ikan Jaws, sekarang tak rongak jauh sungguh bezanya.'' tutur jejaka itu penuh girang. Mendengar kata-kata itu apalagi berdekat ketawa Tamrin seakan mengiyakan memori jejaka itu.

''Dulu mulut Wardah tak henti berkicau macam burung sampai naik letih abang melayan soalan genius Wardah, sekaarang ni masih boleh tahan juga laser mulut Wardah, dah upgrade nampak. Kalau Wardah tak ingat abang kenapa tak tanya?'' pancing jejaka itu.

''Gerentikah Wardah boleh ingat nama abang?'' tanya Wardah separuh mencabar. Haih, mamat ni dah boleh jadi gang dengan Walid, perasan bagus.

''Baiklah abang cuba ya,'' dia mulai senyum sambil menampakkan batang gigi putihnya yang sudah tersusun kemas.

''Ingat tak lagi masa kecil dulum Wardah panjat pokok mangga epal tu?'' sambil jarinya menuding ke rah pokok mangga yang meninggi di sudut halaman rumah Wardah .

''Kemudian, Wardah gayat nak turun kan? Jadinya Wardah terpekik-terlolong minta abang Wardah, Tamrin ambil Wardah turun, tapi Tamrin tak nak dan ugut biarkan Wardah terpacak atas pokok sampailah papa Wardah balik? Jadi abang yang tolong panjat dan bawa Wardah turun. Ingat tak?''

Dahi Wardah berkerut. Dia cuba mengingat tapi sejujurnya dia gagal untuk mengesahkan kesahihan cerita tersebut. Apa betul dia suka memanjat pokok masa kecil dulu? Takkanlah! Wardah menggelengkan kepala tanda yang dia tak dapat ingat.

Tak mahu beralah, jejaka itu tetap terus mencuba.

''Okay cuba yang ni pula. Ingat tak yang dulu kita pernah pergi ke sawah. Mama Wardah tak bagi Wardah ikut tapi Wardah yang degil ni berkeras juga nak ikut. Dijadikan cerita masa menyeberan sungai dengan titi batang kepala yang halus tu, Wardah tibb-tiba terjatuh ke dalam sungai dan sekali lagi abang yang terjun selamatkan Wardah .''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience