BAB 3

Romance Completed 7849

''Dasar lelaki tak tahu malu dan perasan bagus! Dah putus tunang sesuka hati dia, sekarang boleh pulak sesuka hati dia memunculkan diri datang ke rumah bekas tunang? Untuk apa? Takde rasa bersalah langsung. Rilek saja dia bersalaman dengan ayah dan abang Tam.'' bentak hati Wardah.

Kalau ikutkan hatinya, memang dia tak berapa berkenan dengan Jurutera lulusan oversea itu tapi dek disebabkan mama dah tangkap berkenan nak dijadikan menantu apatah lagi mama dah berkawan rapat dengan Aunty Jawiah, mak Walid. Jadi, sepanjang ikatan pertunangan mereka, Wardah cuba sedaya upaya menyuruh hatinya untuk menyayangi lelaki yang disangka akan menjadi imamnya. Tak semena-mena auntie Jawiah dan uncle Man datang ke rumah dengan muka tebal meminta maaf kepada mereka sekeluarga kerana terpaksa memutuskan pertunangan kerana Walid sudah seminggu lebih bernikah. Ini bukan kes nikah di golok tapi di rumah pengantin perempuan itu sendiri.

''Maafkan kami,, kami terpaksa, dah buat hantaran bagai dan maruah keluarga juga kena dijaga betul kan?'' jelas AUnty Jawiah dengan deraian airmata deras megalir di pipi.

Maruah! yes itulah kata kunci utama! Bagaimana mereka sekeluarga boleh memikirkan maruah keluarga mereka dan pengantin perempuan itu tanpa memikirkan maryah Wardah sekeluarga? Walid benar-benar memperlakukannya bagai seorang yang tidak bermaruah. Sifirnya mudah sahaja, kalau barang yang kau ambil di kedai taknak, kau kena pulangkan dan beritahu tuannya. Kalau ambil tapi tak mahu dan sudahnya barang tersebut mereput itu namnya aniaya dan mencuri. Kalau benar Walid tak mahukan dia, mudah saja putuskan dengan elok, beradat datang menghadap mereka sekeluarga bukan lepas tangan hantar ibu bapanya datang dan itupun selepas lebih seminggu dia bernikah?!

''Dah puas kau pijak maruah aku, sekarang dengan selamba kau datang, dasar jantan tak tahu malu!'' mulut Wardah tak henti menyumpah seranah lelaki itu.

Mujur pinggan mangkuk dan cawan piring kotor tak henti-henti dihantar masuk ke dapur jadi alasan kukuh dia terus duduk bertenggek di dapur. Bunyi hp miliknya berdering sekali lagi. Dia mengelap tangannya yang basah pada kain baju kurung yang dipakainya lalu tangannya mencapai hp tersebut.

''Aduh tak habis-habis lagi fiil abang Tam ni! Nak minta kopi kaw kaw pula, ni dah tahap cipan punya manja.''

Mulutnya membebel lagi tapi tangannya laju mencapai jag dan mengetik suis air panas pada penapis air Coway dan mulai mencapai kopi cap Kapal api lalu mengisi gula ke dalam jag tadi. Tidak sampai beberapa minit, jag berisi kopi sudahpun siap. Wardah meletakkan jag tersebut di atas dulang kecil dan bersiap untuk menghantarnya.

Bru sahaja dia ingin melangkah keluar, kelibat Walid muncul lagi menegurnya.

''Eh berat jag tu Wardah , biar abang tolong bawakan.'' Langkah Wardah terhenti. Dia merenanung wajah Walid dengan kening yang berkerut. Dia patah balik ke dapur dan mengambil beberapa biji cawan dan tapak dan menyusunnya di atas sebuah lagi dulang dan melangkah ke pintu belakang semula.

Kelibat mantan tunangnya itu masih setia berdiri di tepi puntu menunggunya.

''Gigih pula dia ni tunggu? Kenapa tak segigih dan sesetia masa time masih bertunang?'' perli Wardah dalam hati.

Tanpa sebarang kata, Wardah melangkah ke arah meja abangnya. Dulang berisi cawan dan tapak tadi diletakkannya manakala dulang berisi jag tadi turut tiba. Usai Walid meletakkan jag tersebut atas meja dia dengan selamba badak duduk semeja dengan mantan abang ipar tak jadi seraya duduk dan teruss memandang Wardah tanpa berkelip. Dah macam orang gila talak dah Wardah melihatnya.

“Ya Allah, bagilah aku level kesabaran yang maha tinggi! Ikutkan hati mahu saja dia menyimbah air kopi ini ke muka Walid,'' bebel Wardah .

''Apa ni abang Tam, sebelah tu ada lagi kopi, saja lagi nak buli Wardah buat kopi, bukan tak tahu Wardah menghadap pinggan mangkuk bertimbun di dapur tu,''marah Wardah sambil menjuihkan bibirya ke arah teko seramk yang masih berisi kopi.

“Eh yang tu teh tariklah. Abang nak merasa kopi kaw kaw Wardah. Apalah adik abang ni berkira sangat!'' sindir Tamrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience