BAB 5

Romance Completed 7849

''Ha'ahlah! punyalah main kuat budak ni melalak minta tolong padahal air sungai tu sangatlah cetel takat pinggang dia je pun,'' Tamrin mencelah sambil ketawa terbahak-bahak.

''Apa yang lucunya bang oi, yelah takat pinggang abang bukan pinggang Wardah yang masih kecil masa tu. Mujur Wardah tak lemas!'' berbirat hatinya dengan komen Tamrin, sesedap hatinya mengutuk dia kaki kuat melalak.

''See! I told you! Wardah ingat pun!'' ucap jejaka itu tersenyum puas akhirnya Wardah dapat mengingati semula memori masa kecil yang melibatkan dirinya.

''Kalau jatuh sungai memanglah Wardah ingat tapi siapa hero datang selamatkan Wardah masa tu memang totally lupa.'' jawab Wardah, sedebik dia bagi kat jejaka tu.

''Biar betul Wardah , abang ni jadi hero tau selamatkan Wardah tarik keluar dari sungai tu takkanlah Wardah tak ingat? Kalau tak ada abang ni dah lama rasanya Wardah dah arwah. Lepas diselamatkan abang ni Wardah tak boleh berenggang dengan abang ni tau!'' Tamrin pantas menempik adiknya.

''Ish Nauzubillah! Amboi mulut takde insurans betul!'' kuat Wardah memukul bahu abangnya.Bengang dia dengan mulut laser menjadi-jadi abangnya ni.

''Okaylah kalau tu pun Wardah tak dapat ingat biar abang tolong Wardah ingat okay.'' ucap Tamrin dengan senyuman nakal.

''Dah ready?'' tanya Tamrin dan Wardah mengangguk acuh tak acuh.

''Cuba ingat, masa kali pertama Wardah pandai bermain hantar surat cinta, Wardah hantar pada siapa?''

Surat cinta? First time?! Mata Wardah pantas memandang ke wajah jejaka misteri. Mata mereka saling memandang dan senyuman manis automatik terpalit manis. Buatkan hatinya melting, sungguh manis senyuman itu macam..

Perlahan-lahan jari telunjuk dihalakan kepada Tetamu Misteri, teragak-agak mulut Wardah menyebut, “A…… Abang……”

Seraya mata yang bersinar galak, dengan senyuman meleret-leret, si jejaka itu seraya menyambung, ''hensem!''

Maka berderailah tawa besar Tamrin and the gang! Walid yang sedari tadi hanya menjadi penonton berasa bingung kerana tidak tahu hujung pangkal jenaka Tamrin dan temannya. Wajah Wardah pula merah padam jadinya….

“Betulkah, ….. ini Abang…. Zee..Zeeyad?''

Abang Zeeyad yang menjadi igauan dan idamanku sampai sanggup aku umumkan dia adalah cinta hatiku pada satu keluarga masa umur enam tahun. Ya rabbi! Malunya! Mana nak letak muka ni? Terpaksa jerit dalam hati. Tenang, tenang Wardah. Jangan panik nanti ada kang yang malu depan tetamu ni.

Dan untuk kali kedua pda malam itu, Wardah sekali lagi rasa macam nak berlari menyorok dalam bilik dan kalau boleh taknak keluar sampailah tahun depan. Tetapi kala melihat wajah Zeeyad Khan ketawa sehingga terhenjut-henjut bahu, aura dan karisma yang pernah mencuit hatinya sewaktu keccil dulu menerpa lagi. Wardah sedar yang memorinya tentang lelaki ini tak pernah jauh meskipun sedikit kabur.

''Woi anak dara apa ni? Tutup mulut tu Wardah, tengok lelaki sampai tahap rahang dah nak jatuh ke tanah ke?'' tegur Tamrin melihat adiknya yang terkebil-kebil di hadapannya memandang Zeeyad.

''Sekarang Wardah dah ingat abang ke? Jemputlah duduk,'' E'eh tetamu pula yang jemput tuan rumah duduk.

''Dah lama tak jumpa Wardah, abang nak juga tahu apa progress Wardah sekarang.''

''Progress?'' Beberapa tika Wardah melirik pada Walid. Kalau dia nak tahu, perkembangan terbaru dia adalah dia masih single dan dah jadi bekas tunang orang. Lagi best, bekas tunangnya ada depan mata Zeeyad ni jugak.

''Duduklah Wardah, Zeeyad ni dari tadi tanya pasal budak kecik yang jatuh cinta kat dia, siapa lagi kalau bukan Wardah.'' ujar Tamrin dengan tawa kecil.

''Teruklah perangai abang ni, dari tadi bahan adik sendiri!'' marah Wardah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience