BAB 6

Romance Completed 7849

Bangku plastik ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Diberanikan diri untuk duduk berdepan dengan Zeeyad, kalau dia blah masuk ke dalam rumah sudah pasti abangnya akan menjadikan dia modal jenaka nasinya itu. Dia perlu bertahan dengan usikan nakal abangnya, dia akan duduk dan bertahan berdepan dengan cinta monyetnya ini ditambah lagi dengan serangan usikan dari abang kandungnya yang bertubi-tubi.

“Sadis? Wardahtu yang sadis. Masa kecil asyik buli Zeeyad. Mana Wardah pergi asyik nak berkepit macam belangkas. Kalau orang tak bagi ikut mulalah dia meragam melalak sekampung sampai pening kepala mak mendengar tangisan melalak Wardah tu. Nak tak nak Zeeyad pun terpaksa layankan je bawa Wardah sampai kitorang nak tengok wayang pun kena ada Wardah. Kacau daun betul! Elok-elok nak tengok cerita Rambo terpaksa tengok cerita Lion King,''bebel Tamrin.

“Ish kecohlah Abang ni! Bukan Abang yang tengok kartun, Abang tengok cerita action tu dengan kawan-kawan yang lain. Abang Zeeyad sorang yang sanggup temankan Wardah tengok cerita Disneu tu,'' berapi Wardah membela dirinya.

Baru saja Tamrin cuba melakukan serang hendap pada adiknya, Mazuin, isterinya muncul dari dalam rumah.

''Sudah-sudahlah tu bang lepak oi, meh tolong sayang ambilkan botol susu Fauna yang satu lagi warna biru tu dalam kereta dekat tempat duduk belakang tu. Tadi pagi Maz lupa nak bawak masuk dalam bakul. Kunci kereta dengan abang kan, alang-alang abang tolong ambilkan,'' minta Mazuin.

Tamrin yang mendapat jolokan 'Suami Mithal' di kalangan keluarga namun 'laki takut bini' bagi Wardah bingkas bangun dan mejuju ke arah kereta namun sempat juga dia menitipkan pesan pada Zeeyad.

''Elok-elok duduk dengan singa betina ni Zeeyad, kang tak pasal-pasal ada yang kena cekau. Perangai buli dia tu tak hilang lagi, macam dah sebati dalam diri,'' perli Tamrin dengan satu ledakan tawa yang besarnya. Bessar kecil besar kecil je mata Wardah memandang abangnya.

Kalau perangai membahan orang tu datang dia bukan pandai beragak-agak. Tak kiralah ada Sang mantan ada, abang hensem kah, mana abang Tam tu peduli!

Gigi diketap, muka bengis dengan kerutan seribu, siapa saja yang menatap wajah Wardah saat ini pasti sudah berlari menyelamatkan diri namun tidak buat Zeeyad kerana abang hensem Wardah itu masih asyik menatap wajah Wardah dan ia juga disedari oleh Wardah sendiri.

Ýa Allah! Malunya! Awatlah aku tak boleh kontrol baran aku ni?

Dengan senyuman manis indah melekap di bibir, Zeeyad mulai bertanya, ''Wardah Ingat tak lagi tahun bila kita tengok cerita kartun tu?'' Wardah menggeleng tanda tak ingat sambil tertunduk malu.

''Kenapa tanya?''

''Bukan apa, dah lama kita tak keluar dating kan? Apakata kita keluar tengok wayang, macam ada cerita kartun yang best je kat pawagam sekarang. Nak tak?'' Wardah hanya tersenyum tersengih lantas tertunduk malu.

''Senyum tanda setujulah tu kan?'' tanya Zeeyad lagi.

Dan suasana yang tadinya janggal kita bertukar harmoni dan menenangkan. Sepertinya Zeeyad merasa lega kerana gadis itu mulai berasa seles dengannya dan Wardah pula seakan lupa bahawa ada mata yang memerhatikan mereka. Hari yang panjang berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience