BAB 8

Romance Completed 7849

Pintu hadapan rumah yang terbuka dlirik Wardah. Times up!, Wardah! Masa untuk berambus. Sudah tak perlu beri dia apa-apa alasan. Baharu Wardah hendak mengangkat punggung, tiba-tiba pintu hadapan rumahnya diterjah sosok tubuh yang asing di matanya.

‘’Hey Walid! So ini kerja you rupanya. You’re making thing worst and if you think she is your way out to your so called miserable life, you made a big mistake!’’ bentak sura wanaita muda dalam lingkungan usia pertengahan 20-an yang sedang duduk berdiri di pintu.

Terpinga-pinga Wardah sedikit kebingungan. Dia merasa dirinya bagai terperangkap dalam peti Telivisyen yang sedang menayangkan drama petang. Baik Walid dan wanita itu, keduua-duanya saling bertikam lidah dan Wardah yang berada di antara mereka berdua hanya mampu mendah telinga mendengar perbalahan keduanya. Barulah Wardah tahu bahaw wanita jelita itu adalah isteri Walid. Apa juga masalah mereka berdua menurut Wardah tidak sepatutnya ia dilalukan di rumah orang lain. Seorang jurutera dan seorang lagi pensyarah , dua-dua golongan berpelajaran tinggi tetapi soal adab memang out!

“Hey you must be thinking that after listen to your saddest soap opera story she probably consider to take you back? For what? To become your second wife or your mistress?!’’ jari wanita yang memakai cincin gedabak Tiffany&Co itu lincah saja menuding ke arahnya. Menyirap pula darah Wardah namun dia cuba tenang.

Amboi minah ni. Datang rumah orang, nak tuduh-tuduh pula? I don’t have to take this.

“Excuse me, I don’t have a time to listen to this crap and I think I’m gonna give you guys whatever time and space you need to discuss on your own at my cribs ya. Berbuallah dulu ye. Saya nak keluar sekejap. Take your time.” Dengan sopan, Wardah meminta diri. Dia tak mahu terlibat dalam drama rumahtangga Walid. Biarkanlah mereka berdua terpekik terlolong.

Pantas Wardah melangkah keluar, Walid sudah memanggil-manggil namanya. Selipar Jepun disarungnya dan beberapa langkah dia berjalan sudah kelihatan abangnya dan Zeeyad sedang duduk di atas pangkin di bawah pokok mangga.

Berdesup Wardah melangkah ke arah mereka.

“Assalmmualaikum Abang Zeeyad! Semalam abang kata nak tengok wayangkan? Nak pergi sekarang tak? Wardah tak kisag nak tengok kartun ke, cinta cintun ke asal kita keluar tengok wayang sekarang!”

Terkejut beruk Zeeyad dan Tamrin mendengar permintaan mengejut Wardah itu. Mereka bertiga saling berpandangan dan kemudian memandang pintu rumah yang jelas kedengaran dari luar suara pertengkaran antara Walid dan isterinya.

‘’Jom!’’ ajak Zeeyad seakan memahami permintaan Wardah manakala Tamrin diam tidak membantah langsung.

Perjalanan sepanjang ke kompleks membeli-belah sunyi sepi. Wardah merasa bersalah, dek kerana kelam-kabut mahu meninggalkan adengan drama pasangan bahagia tadi dia terlupa untuk membawa dompet. Dia yang mengajak Zeeyad untuk tengok wayang tetapi sekarang dia perlu menebalkan muka meminta Zeeyad belanja.

‘’Marilah sini Wardah,’’tegur Zeeyad.

‘’Eh, panggung wayang kat sebelah sana bang,’’ Wardah membetulkan Zeeyad yang menurutnya sudah tersalah jalan.

‘’Abang tahu tapi kita singgah satu kedai ni dulu, Wardah ikut je abang.’’

Tanpa melawan, Wardah hanya menurt saja patuh pada permintaan Zeeyad. Dia tidak kisah, tak dapat tengok wayang pun tak mengapa, nak membazir waktu sejam dua juga dia tidak kisah asalkan dia tidak menghadapWalid dan isteri. Semoga balik nanti pasangan itu sudah berambus dari rumahhnya.

‘’Kenapa kita ke sini ni bang Zeeyad? Tanya Wardah kehairanan.

‘’Kedai emas Poh Kong? Abang nak beli apa kat sini?

‘’Abang nak beli cincin tanda. Tengok wayang kemudianlah, lagipun buat apa tengok wayang bila abang lagi suka tengok Wardah. Lepas ni kita boleh tengok wayang bersama-sama untuk selama-lamanya.’’ Ucap Zeeyad senyum.

Barulah Wardah faham. Dia seakan tidak percaya. Nafasnya sesak namun bagaia, andai saja Tuhan menarik nyawanya saat ini dia sungguh tak bersedia kerana kebahagiaan yang diangankannya bakal menjadi nyata.

‘’Sebenarnya abang dah lama cari Wardah dan keramaian di rumah Wardah cuma satu asbab yang menemukan kita untuk kali kedua selepas berbelas tahun terpisah. Terima kasih kerana jaga diri Wardah dengan baik dan ‘tunggu’ abang. Maaf abang lambat dan tiada di sisi Wardah ketika Wardah berduka namun abang juga sedang mencari sayang abang ni, my very first date, my sayang. Izinkan abang menjadi abang hensem Wardah untuk selamanya boleh?’’ tanya Zeeyad membuatkan Wardah yang tadinya tersengih-sengih kini terharu mengalirkan airmata gembira.

Hatinya tenang dan bagai ada satu kuasa yang meniupkan semangat dan kepercayaan untuknya bahawa lelaki bernama Zeeyad ini mampu menjaganya, Wardah akhirnya mengatakan ‘’Ya’’.

Merek berdua saling tersenyum. Zeeyad menyekah airmata di pipi Wardah dengan sapu tangannya lalu mereka mulai membelek cincin di kedai emas tersebut dan tidak lama selepas itu mereka menonton wayang buat kali kedua sebagai pasangan kekasih.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience