BAB 7

Romance Completed 7849

Keesokan harinya...

Walid datang lagi ke rumah Wardah tetapi kali ini tanpa kehadiran ibu bapanya. Pelik bin ajaib! Walid meminta izin daripada mama Wardah untuk berjumpa dengan Wardah.

''Barang yang lepas usah dikenang Wardah, semua dah berlalu dah korang tak ada jodoh nak buat macam mana? Tu Walid datang mungkin nak minta maaf agaknya pergila jumpa dia kejap.'' Pujuk si ibu.

Sakit hatinya mendengar kata-kata mamanya itu. Tahulah dia sayang benar dengan Aunty Jawiah dan anak menantu tak jadinya ini tapi takkan sampai hatinya tak dihiraukan. Setabah manapun dia pada luaran harus mereka tahu bahawa dia adalah wanita, hatinya juga bisa merasa sakit dan kecewa.

Jam di tanagn berdetik, matanya dilirik. Sudah hampir setengah jam mereka berdua duduk membisu di ruang tamu rumah. Mama dan adik-beradiknya yang lain ke dapur manakala abang Tamrin dan Zeeyad keluar membeli sedikit barang. Wardah tahu mereka semua berpakat untuk memberikan mereka privasi untuk berbual. Tak payah! Namun begitu hingga ke saat ini Wardah masih belum tahu apa tujuan Walid bertemu dengannya.

Walid bertanyakan khabar itu dan ini padanya membuatkan dia merasa aneh dengan sikap lelaki itu. Apa yang paling menjengkelkan bait-bait kata yang keluar dari bibir lelaki itu seiring dengan nada mesra, ceria dan bajet macho seolah-olah hatinya girang gembira dapat bertemu kekasih hati walhal dia, Wardah Indrani adalah wanita yang pernah bergelar tunangnya, yang ditingalkan terkapai-kapai saat mereka menghitung hari untuk disatukan? Permainan kejam apakah ini?

''Wardah..''

''Apa? Ish!’’ terperanjat Wardah mendengar suara Walid memecahkan lamunannya yang dari tadi menerawang mengenangkan abang Hensem yang lebih sedekad menghilang kini muncul semula.

‘’Dengar ni Wardah , abang minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana Abang dah lukakan hati Wardah.” Betapa tulus dan sayunya wajah Walid dengan mata yang asyik bekelip-kelip seakan mahu memuntahkan airmata jantan.

Ya Allah tolong aku, tolong aku tahan diri ini dari rasa ingin termuntah melihat lelaki dengan lakonan palsunya ini dihadapanku. Apa dia ingat dia Zul Ariffin yang nampak macho dan bersuara seksi mengucapkan dialog dalam drama Melayu dan boleh cairkan hati aku yang dah membuku ni? Jangan haraplah!

‘’Sudahlah, tiada apa yang nak dibincangkan lagi. Semuanya dah terlambat Benda dah jadikan? Wardah pun dah lama moved onlah,’’ sambil dia membalas kata-kata Walid, matanya melilau menghala ke pintu dapur cuba mencari peluang untuk melarikan diri dari lelaki yang menjengkelkan ini.

‘’Abang tak tenang dan abang rasa abang perlukan kemaafan dari Wardah. Sekarang barulah abang sedar apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan yang dibina atas airmata insan lain dan abang rasa inilah harga yang harus abang bayar.’’

Ish apalah yang mamat fake ni merepek? Aku dah naik rimas nak layan. Entah kenapa aku meluat tengok muka dia.

‘’Eh dah no problem bai! Small matters, okay wa cau dulu! Adios!’’ ujar Wardah lalu bingkas cuba meloloskan diri dari ‘bilik tahanan’ itu.

Betapa Tuhan itu maha adilkan? Roda dunia memang berputar. Dulu kau pijak aku, kau renyukkan hati aku dan kini kau kembali dengan bahasa drama petang TV3 yang maha tinggi.

Belum sempat Wardah berlalu pergi tanganya pantas disambar oleh Walid.

‘’Kejap Wardah, ada benda yang abang nak bagitau kat Wardah ni.’’

‘’Apa dia lagi? Dah tak ada apa yang perlu dibahas lagi, cukuplah.’’ Balas Wardah.

‘’Sebenarnya abang malu nak cakap, tetapi sebernya abang tak bahagia dengan isteri abang,’’ jelas Walid dengan wajah sugul.

Pada mulanya Wardah sedikit terkejut namun mengenangkan sikap lelaki di hadapannya ini yang pernah melukakannya, dia tidak hairan jika Allah bayar cash pada dia. Bermula dari kisah isterinya yang terlalu sibuk hingga tiada masa di rumah, tanggungjawab isteri diabaikan, satu persatu kekurangan isteri diceritakan. Segala kisah sedih disulami airmata jantan mengenangkan si isteri bakal melanjutkan pengajian di luar negara maka satu lagi babak duka, hubungan jarak jauh yang akan meranapkan harapannya sebagai ‘lelaki mithali’ untuk membina keluarga bahagia ke syurga Firdausi bla bla dan bla…

Wardah acuh tak acuh sahaja mendengar, separa mengkritik di dalam hati. Kalau mahu isteri yang mengekor dan patuh pada engkau sepanjang masa, kenapa tak cari sahaja isteri yang tidak bekerja. Ini kau nak gah kahwin dengan doktor dan kau nak dia layan kau macam suri rumah sepenuh masa. Masa hendak bernikah, ikut nafsu, tidak berfikir. Sekarang sudah bernikah, jaja masalah rumah tangga ke sana ke sini. Gga;is sungguh sebagai imam dalam keluarga. Dan sekarang salahkan isteri 100%, hamparkan segala alasan mensahihkan kau tidak bahagia padahal sepatutnya engkau cuba untuk betulkan keadaan dan berbincang cara elok untuk pastikan rumah tangga aman damai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience