BAB 2

Romance Completed 7849

''Bukan apa, si Fuad ni nak pergi ke tandas pulak, lambat sikit, silap haribulan ada kang budak ni terkucil dalam seluar.''

Tanpa menunggu jawapan dari Wardah, Mazuin bingkas masuk ke dalam tandas sambil menarik tangan anak sulungnya Fuad.

Wardah sedikit kebingungan, dengan anak kecil yang digendong di tangan sebelah kanan dan mangkuk nasi tambah di tangan sebelah kiri pula membuatkan pergerakannya jadi kaku. Dia mengetap bibir sambil cuba mengimbangkan langkahnya membawa kedua-dua 'beban' yang dikendongnya itu.

Saat kakinya mendekati meja makan di mana abangnya duduk di bawah khemah, mulutnya mengomel tidak berpuas hati sambil menghempaskan mangkuk nasi yang hampir terjatuh itu di atas meja.

PAK!

Tamrin yang keenakan menjamah makanan terkejut.

''Eh dah kenapa ni Wardah? Kalau iyapun elok-eloklah letak atas meja.'' marah Tamrin.

''Tak nampak ke yang Wardah tengah bawa apa ni, tak cukup tangan nak bawa kedua-dua sekali, berat! Mujur tak patah tangan,''adu Wardah tidak sedikit marah.

''Hek eleh, kecoh macamlah berat sangat!''

''Kalau tau tak berat apasal tak ambil sendiri kat dapur, nak perintah-perintah orang tapi cakap terima kasih pun tidak,''bentak Wardah lagi.

''Alah, sekadar ambil nasi pun nak ungkit, bukannya abang minta tolong hari-hari kaut nasi,''bebel Tamrin pula.

''Amboi, yelah, malas Wardah nak berdebat kata, manja mengalahkan budak-budak,'' Wardah mengalah, mulutnya masih pok pek membebel namun tangannnya lincah menyeduk nasi ke pinggan nasi Tamrin.

Tamrin hanya tersenyum melihat bebelan dan omelan adik bongsunya. Itu lagi bagus baginya daripada melihat muka Wardah yang bengis dan menyinga melihat kemunculan Walid dan kedua orang tuanya hadir di majlis kenduri keluarga mereka alam itu. Fauna yang mula merengek-rengek di pinggang Wardah saat melihat muka bapanya sudah bersiap sedia melayangkan tangannya minta didukung Tamrin. Tangisan nyaring Fauna mula memecah suasana.

Segera Wardah meletakkan sudu nasi lalu menggerakkan tubuhnya menimang-nimag anak kecil itu cuba memujuk agar berhenti menangis.

''Cayang cayang Fauna, meh ngan ucu, cayang ucu ni nangis cak! cak! cak!'' pujuk Wardah namun tangisan Fauna langsung tidak menampakkan tanda untuk berhenti dan Wardah cuba memujuk anak kecil itu dengan kaedah yang sama.

Terhibur hati Wardah melihat bayi secomel Fauna mengekek hingga ternampak dua batang gigi yang baru menumbuh.Senyuman di bibir tidak lekang dari tersenyum. Pipi Fauna dikucup berkali-kali, asyuk sungguh dia melayan Fauna hingga tak sedar ada lelaki yang juga sedang asyik memandangnya. Wardah cuma sedar akan mata yang mmerhatinya itu bila tangannya merasa sedikit letih mengendong Fauna dan dia cuba untuk membetulkan posisi sebelum anak kecil itu terlepas dari rangkulannya. Merah padam mukanya namun apakan daya, dia berpura-pura berlagak tenang.

Mata mereka saling berpandangan, pinggan melamine disuakan padanya sambil berkata, ''abang pun nak juga, boleh tolong tambah nasi?''

''Amboi, abang? Abang celah mana pula. Tak pernah nampak pun dan yang pasti bukan kaum kerabat sepupu sepapat mereka. Ni kalau dah duduk makan semeja barangkali kawan abang Tamrin. Arh lantaklah, malas nak ambil port!'' Wardah mengomel sendirian namun fikirannya masih terfirkirkan lelaki yang dilihatnya tadi.

Sementara itu, di dalam rumah penuh dengan tetamu begitu juga dengan tetamu yang memenuhi halaman rumahnya.Sudahnya Wardah terpaksa memerukkan dan memencilkan diri di dapur. Ikutkan hati mahu saja dia berbaring selesa di dalam bilik tidur sehingga ke esok. Patutnya itu yang dilakukan sedari tadi saat dia melihat wajah Walid melangkahkan kaki ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience