BAB 1

Romance Completed 7849

"Dari tadi asyik terperuk di dapur mesti perut tak makan-makan lagi kan?''

Dia yang sedari tadi tengah tekun mencuci pinggan tiba-tiba terhenti tatkala mendengar suara yag amat dikenalinya itu. Tidak, dia tidak terkejut tetapi demi untuk mengesahkan tekaannya tepat tentang pemilik suara itu, dia memalingkan kepalanya dan melihat sosok tubuh lelaki itu. Ya benar, dia orangnya. Dia menatap seketika wajah tersebut dan menyambung semula tugas yang tergendala sebentar tadi.

Dia hanya menjawab, ''Hmm, ya belum.''

''Kenapa tak makan lagi? Kan dah lewat ni nanti ada yang gastrik, pandai-pandailah jaga kesihatan diri tu ye.'' ujrnya.

Huh tetiba caring ni dah kenapa? Andai saja yang bersuara ini

Andai saja kata-kata itu diberikan kepadanya lima bulan lepas sebelum lelaki ini mendirikan rumah tangga dengan doktor, sudah tenty hatinya berbunga riang mengenangkan ada jejaka yang mengambil berat padanya. Namun semua itu hanya sia-sia kerana lelaki ini sudah menjadi suami orang dan bagi Wardah, dia dia sendiri tifdak faham apa tujuan lelaki ini cuba mengambil berat padanya. Motif? Tak perlu rasanya dari dia mengambil berat pada wanita lain baiklah dia jaga isteri sendiri.

''Sorry but i had to say this and remind you, masuk ke dapur bertegur sapa dengan anak dara orang yang juga bekas tunang awak sangatlah tidak manis dan awkward Encik Walid, jadi pandai-pandailah jaga batas pergaulan tu ye,'' perlinya.

Namun lelaki bernama Walid itu masih berdiri bagai tugu di belakangnya. Wardah tahu lelaki itu masih berdiri di belakangnya, kehangatan tubuh dan bunyi nafasnya dapat di rasa. Dia terus mempercepatkan tangannya bekerja. Sepantas mungkin dia mahu berambus dari dapur, sunguh tidak manis dan pasti jadi cakap-cakap jika dilihat oleh ahli keluarga. Sungguh dia tah mahu keadaan ini akan membawa kepada fitnah.

Sedang dia ligat menyelesaikan pinggan mangkuk terakhir untuk dibasuh, hp yang diletakkanya di atas meja makan berdering dan dia merasakan deringan tersebut telah menyelamatkannya dari situasi janggal yang berlaku sekarang.

Laju dia mencapai dan jarinya meluncur skrin dan membuka mesej yang diterimanya.

''Adikku sayang, abangmu masih kelaparan tolong bawakan nasi putih cukup untuk dua pinggan. Sedap betul Udang masak lemak cili api ni,'' minta abang sulungnya, Tamrin. Berderau darah Wardah memikirkan piil pelik ababngnya yang manja mengalahkan budak umur 12 tahun. Dah tau perut tu nak melantak lebih, kaki tu datanglah ambil sendiri nasi di dapur.

Tanpa sebarang kata Wardah beredar dari dapur dengan tangannya berisi mangkuk nasi tambah. Matanya enggan dan takkan memandang Walid yang masih berdiri memandangnya. Sudah cukup dia menjadi baik, dia bukannya malaikat atau dewi yang punya hati nurani indah untuk melupakan segala duka dan tersenyum manis di hadapan insan yag telah meranapkan impiannya. Tiada istilah berkawan atau bermesra walaupun pernah menjadi tunang.

Sedang elok dia mahu melangkah keluar, Wardah dipanggil pula oleh kakak iparnya.

''Dik Wardah, akak nak minta tolong kejap.''

''Kenapa kak?'' tanya Wardah .

''Boleh tak ambilkan Fauna ni kejap,'' minta Mazuin seraya memberikan anak kecilnya itu kepada Wardah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience