Tidak! Tidak!
Huh! Marie Anne bingkas bangkit dari tidurnya. Peluh membasahi dahinya. Dia memandang jam ditepi katilnya. Pukul 3 pagi. Ya saban hari dia pasti akan terjaga pada waktu yang sama. Dia terbangun tepat pada pukul 3 pagi kerana dikejut mimpinya. Dia turun daripada katil dan terus ke bilik air. Dia membasuh muka dan melangkah menuju ke meja belajarnya. Dia membuka laptop. Inilah masa yang terbaik untuk dia tulis mimpinya.
Dari ulat jadi kepompong, tidur lena dalam kelongsong, cukup lama kepompong pecah, jadi rama-rama yang indah, rama-rama terbang merata, sungguh cantik aneka warnanya, hisap madu ditaman bunga, tapi sayang hidup tak lama.
Kalau aku pergi apa agaknya yang akan berlaku disini? Kalau aku pergi siapa yang akan menangisi aku? Siapa yang akan merindui aku? Siapa yang benar-benar rasa kehilangan? Siapa yang bersedih dan siapa pula yang gembira? Adakah tanpa aku hidup mereka berjalan seperti biasa ataupun kerana aku hidup mereka tak sempurna seperti sebelumnya?
“Nurdia Yahya!” Aminah memeluk leher Nudia dengan gembira.
“Apasal gembira sangat ni Minah?”
“Happy dapat tengok kau sem ni lagi. Kau kata yang kau nak pindah Melaka. Tak jadi?”
“Tak jadi. Abah aku suruh stay kat sini je sebab tinggal 2 sem je lagi kan? Mana yang lain?” Tanya Nudia menjengukkan kepalanya ke luar rumah. Kalau Minah sudah tiba mesti tak lama kemudian yang lain juga akan tiba.
“Nudia…” Sapa Ecah sambil menarik beg pakaiannya masuk ke dalam rumah.
Nudia memandang satu per satu teman serumahnya pulang setelah hampir sebulan pulang bercuti di kampung halaman masing-masing.
“Dia…” Sapa Alis pula.
“Helooo my friend… long time no see.” Ujar Sabrina sambil tersenyum manis.
“Mana Mira dengan Fazz?” Tanya Nudia apabila tidak melihat kelibat dua lagi teman serumahnya itu.
“On the way dengan teksi lain. Rindu kitaorang tak?” Tanya Sabrina.
“Rindulah sangat.” Ujar Nudia sambil tersenyum.
Share this novel