Mahu sahaja Marie Anne menghantukkan kepalanya ke atas meja. Apa yang tak kena dengan dirinya. Dia adalah Nudia ataupun Alis? Yang mana satu patut dia jiwai wataknya? Yang mana satu patut dia sinarkan wataknya? Rasanya dia tak patut mengangungkan mimpinya itu. Ia semakin memburukkan pemikirannya.
Alis memandang Jonier yang menghadiahkan senyuman kepadanya. Ahh… tampannya jejaka itu ditambah pula dengan senyuman memikat kalbu. Mau tak tidur seminggu dibuatnya.
“Tak tau apa kena dengan Nudia. Apa yang dia fikir? Apasal dia senang-senang nak jodohkan saya dengan Facriz tu? Ingat saya hingin ke dengan Facriz tu? Sorrylah.”
“Takkan sikit pun awak tak suka Facriz tu?” Tanya Jonier sekadar menguji Alis.
“Well… i admitt before this I have a little feeling for him but that is before…”
“You met me right?” Sambung Jonier.
Alis tersenyum. Dia akui lelaki itu punya tarikannya yang tersendiri. Dia rasa Jonier lebih baik daripada Facriz.
“Actually I really dont remember why I like him before.” Ujar Alis sambil cuba mengingat kembali sebab dia menyukai Facriz.
“Tak payah ingatlah. Buat semak kepala je.”
Nudya memandang Alis dan Jonier dari jauh. Dia mengetapkan bibirnya. Ada sesuatu mengenai Jonier yang membuatkan dia mencurigai Jonier. Siapa Jonier yang sebenarnya?
“Mustahil perasaan suka Alis pada Facriz hilang macam tu aje.” Bisik Nudya pada dirinya sendirinya.
Sekali lagi. Dia akan mulakan semuanya sekali lagi. Dia yakin rancangannya menjadi. Nudya menarik tangan Alis. Mereka ingin melintas jalan. Alis terasa darahnya naik ke kepalanya. Kereta dikiri kanan meluncur dengan laju. Dia terasa bagai membunuh diri.
“Nudya!!! Kau buat apa ni?!!” Jerit Alis. Terasa bagai nyawanya bakal hilang bila-bila masa sahaja.
“Ikut jelah.”
“Nudya… kau nak mati pun jangan bawak aku sekali.”
Share this novel