BAB 9

Other Completed 2125

Nudya berhenti ditengah jalan yang penuh dengan kenderaan yang menyusur laju. Dia melepaskan pegangannya.

“Nudya…” Alis mula panik. Takkan Nudya mahu meninggalkan dia ditengah jalan itu? Nudya mahu membunuhnyakah? Apa salahnya? Apa dosanya kepada Nudya?

Nudya meninggalkan Alis. Dia meninggalkan Alis seorang diri ditengah jalan. Kenderaan yang lalu-lalang membunyikan hon, ia semakin membuatkan Alis ketakutan. Air matanya jatuh berjuraian. Dia berdoa dalam hati semoga ada seseorang datang menyelamatkannya.

Sebuah kereta berhenti disebelahnya. Facriz keluar daripada perut kereta dengan pantas. Dia menarik tangan Alis dan membawa Alis masuk ke dalam kereta. Dia memandu dan perlahan berhenti ditepi jalan.

“Macam mana awak boleh ada kat tengah jalan tu? Apa kau buat? Apa yang awak cuba nak buktikan?” Tanya Facriz. Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu bagaimana bimbangnya dia apabila melihat Alis berdiri ditengah jalan yang penuh dengan kereta.

“I dont know, i dont know.” Ujar Alis dengan tubuhnya menggigil. Dia langsung terlupa mengenai Nudya.

“Its okey. Awak dah selamat. Calm down. Awak takkan apa-apa selagi saya masih ada.” Ucap Facriz cuba menenangkan hati Alis.

Alis menganggukkan kepalanya.

Nudya tersenyum melihat Facriz menyelamatkan Alis. Itu sahaja cara untuk membuatkan Alis jatuh cinta pada Facriz semula. Dia hanya perlu bermula dimana hati Alis hilang. Jonier menghampiri Nudya.

“I really curious who are really are you? Angel? Cupid? Some witches?” Ujar Jonier. Dia tidak tahu siapa Nudya sebenarnya. Nudya telah menghancurkan rancangannya. Yang pasti Nudya bukan sebarangan orang.

“None of it. I’m just human. Unlike you, demon.” Ujar Nudya berlalu meninggalkan Jonier.

Akhirnya dia tahu siapa Jonier. Suatu makhluk yang menyukai perpisahan, perpecahan dan kebencian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience