BAB 6

Other Completed 2125

Alis teragak-agak melintas. Seseorang tertolaknya ke hadapan. Sebuah kereta menghampirinya.

***Streeett*** bunyi brek kereta.

Marie Anne tersedar. Dia memeriksa tubuhnya. Semuanya elok sahaja. Dia meraup mukanya.

“Mimpi…” Ucapnya sendiri. Dia bersyukur dalam hati bahawa kejadian tadi hanya mimpinya sahaja kerana jika tidak pasti tubuhnya hancur diatas jalan.

“Apasallah dengan aku ni?” Tanya Mari sendiri.

Tisha berdiri dimuka pintu dengan berus gigi didalam mulutnya.

“Aku tau apa yang tak kena dengan kau. kau tu obses dengan penulisan kau sampai kau terbawa-bawa dalam dunia nyata. Kau dah makin tak kenal antara dunia fantasi dan alam khayalan. Stoplah Mari, continue your life. Alam fantasi tu tak bawa kemana pun.”

“But the dream looks real to me.”

“Kau tutup laptop kau tu, pergi mandi dan pergi kerja. Kalau kau sendiri kau Mr Ong tu tak suka pekerja dia datang lewat.”

“The dream really looks real. Trust me.”

“Stop it atau aku akan fikir yang kau dah gila.” Ujar Tisha berlalu pergi.

Nudia memandang Alis. Alis hanya diam membisu. Mereka berdua sedang menunggu pemuda yang menyelamatkan Alis keluar daripada bilik rawatan pesakit luar. Facriz mendapatkan Alis.

“Awak okey ke?”

“Hmmphh.” Alis bimbangkan pemuda yang menyelamatkan dia tadi. Harap-harap tak seriuslah kecederaannya.

Pemuda itu keluar 15 minit kemudian.

“macam mana?”

“tak ada apa yang serius. Semuanya okey.”

“Tangan tu…”

pemuda itu melihat tanganya yang berbalut.

“Hal kecik je. Luka ni 3, 4 hari lagi okeylah.”

“Nak kena bayar ganti rugi ke?”

“Ganti rugi? Buat apa? Tak payahlah.” Jonier memandang Nudia. “Dia kawan awak, takkan awak tak tau yang dia ada trauma? Kenapa tak tolong dia melintas jalan?”

“Err… saya tak tau yang dia tak tau melintas jalan.” Ujar Nudia sambil memandang Alis. Sumpah dia tak tau.

“Dia memang tak tau.”

“Nasib baik dia tak ada apa-apa.”

Marie Anne memandang sekumpulan remaja yang berada dikoridor hospital.

“Dr Izzuan ada?” Tanya Mari kepada remaja tersebut.

“Ada kat dalam.” Jawab Jonier.

Alis memandang Marie Anne tidak berkelip. Dia seperti pernah melihat wanita itu sebelum ini.

“Okey, terima kasih.” Ucap Mari sambil tangannya memulas tombol pintu.

“Saya Alis, ni kawan saya Nudia dan Facriz.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience