BAB 7

Other Completed 2125

Marie Anne berhenti melangkah. Dia terpaku. Nama-nama itu, nama-nama itu adalah nama-nama dalam ceritanya.

“Saya Jonier. Boleh panggil Jo. Okeylah saya ada kerja lagi. Jumpa nanti.”

“Terima kasih sebab tolong saya.” Ucap Alis.

“Jomlah… yang lain dah tunggu kat luar.” Ujar Nudia menarik Alis mengikutnya.

Mari memandang remaja tadi. Dia memandang setiap satu daripada mereka. Mereka sama dengan gambaran wataknya, nama juga sama. Adakah dia sudah gila atau mimpinya sememangnya adalah kenyataan?

“Mari, masuklah.”

Alis kelihatan terganggu sepanjang perjalanan dia diam berfikir.

“Ada masalah ke?” Tanya Facriz.

“Tak ada.” Jawab Alis. Terlupa pula mamat disebelahnya ini.

“Ada luka kat mana-mana ke?”

“Tak ada.”

Facriz menghela nafas panjang.

“kenapa?”

“sebab sepatutnya saya yang melindungi awak bukannya mamat tadi. Saya yang bawa awak keluar jadi saya yang patut selamatkan awak.”

“kerja tuhan, kita tak tahu.”

Alis memandang ke kiri. Dia lihat pemandu kereta disebelahnya. Lelaki itu turut memandangnya. Lelaki itu menurunkan cermin kereta.

“Nak pergi mana?” Tanya Jonier sambil melirik ke arah Facriz yang seperti tidak gemar melihatnya.

“Balik Arau.”

“Arau? Kebetulan saya nak pergi sana.”

“Kenapa?”

“Saya nak daftar diri. Saya pelajar Uitm Arau.”

“Really? Kebetulan saya pelajar uitm arau jugak.”

“Bolehlah awak tunjukkan jalan.”

“Boleh…”

“Why not you hop in my car?”

“Wait…” Alis memandang Facriz. “Saya turun sini. Saya balik dengan Jo.”

“Awak tak kenal dia.”

“Memang tak kenal dia tapi saya tau dia baik. Dia selamatkan nyawa saya.” Ujar Alis sambil membuka pintu kereta. Dia masuk ke dalam kereta Jo.

“Alis!!!” Panggil Facriz tapi Alis tidak mengendahkannya.

Mari memusingkan kerusinya. Dia mula pening dengan ceritanya sendiri. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan melalui cerita ini? Cerita tak kesampaian ataupun perhubungan disetengah jalan?

“God help me!”

Dia masih lagi teringat remaja yang dia temui siang tadi. Siapa agaknya mereka? Adakah itu semua hanya kebetulan sahaja?

Nudia bengang. Dia menutup pintu kereta dengan kasar. Aminah terkejut melihat perubahan sikap Nudia. Apa yang tak kena? Siapa yang telah buatkan Nudia bengang?

“Kenapalah perempuan tu bodoh sangat? Kenapa?”

“Kau marah pasal apa? Pada siapa?” tanya Minah sambil menekan suis kipas.

“Alis!”

“kenapa dengan dia?”

“Aku susah payah pasangkan dia dengan Facriz tapi dia boleh berkepit dengan hero dia tu.”

“Dia tak mintak kau buat macam tu kan?”

“But she love him and he love her.”

“Mana kau tau.”

“I know la.”

“Biarlah dia yang tentukan hidup dia sendiri.”

“But Facriz sesuai untuk Alis. They match together.”

“Ketentuan tuhan. Soal hidup ni kita hanya mampu merancang tapi DIA yang tentukan. Remember that.”

Nudia terdiam. Dia ingin sangat melihat Alis dan Facriz bersama.

Nudia lihat Alis ketawa gembira disisi Jonier. Mereka nampak serasi bersama. Alis melambai Nudia.

“Nudia tak sukakan saya kan?” UjarJonier kepada Alis.

“kenapa cakap macam tu?”

“She never smiles when she met me.”

“Bad mood kot. Wrong timing.” Bisik Alis.

“Nampak Facriz?” Tanya Nudia sambil mencari-cari kelibat Facriz.

Alis menggelengkan kepalanya.

“We suppose met here now.”

“Dia ada kerja kot.”

Nudia memandang Jonier. Dia sangat berharap yang Jonier hilang dari pandangan matanya.

“Sorry Alis. Saya ada kelas in 10 minute. I see you later.”

“Yeah, sure. See ya.” Ujar Alis melambaikan tangannya kepada Jonier.

Sebaik sahaja Jonier pergi barulah Facriz muncul.

“Sooryy… jumpa lecturer tadi.”

“Its okey.”

“Let’s settle our problem.”

“Our problem? Kau maksudkan masalah kau dengan Facriz kan? Kenapa ada aku pulak?”

“Its involve you. Speak Facriz.” Aran Nudia. Dia tak kira, dia mahu segalanya selesai dengan pantas. Dia tak mahu Jonier mendahului apa yang telah direncanakannya.

“I love you, Alis. I really love you and i meant it.”

Alis kaku memandang Facriz.

“Leave Jonier and please accept me.”

“Kenapa saya nak tinggalkan Jonier? Saya takkan tinggalkan dia.” Kata-kata Alis itu menunjukkan Alis menolak cinta Facriz kepadanya.

“I’m the one who love you most.”

“Okey, sorry. I actually hate this lovey-dovey thing. So, see ya.” Ujar Alis ingin melarikan dirinya.

“Alis… face me please. Said that you didnt love me. Please say that you hate me.”

Alis memandang Facriz tepat ke matanya.

“Fine, i hate you.” Ujar Alis sambil berlalu pergi.

Facriz terduduk. Nudia tergamam. Dia yakin yang Alis cintakan Facriz sebelum ini. Takkan sekelip mata sahaja rasa cinta itu hilang? Ia amat mustahil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience