Johan yang sedang menulis memandang kedua mereka. Dia mengangkat keningnya dan kembali menulis. Alis terasa mukanya seperti terbakar. Mana lagi dia hendak meletakkan wajahnya.
“Aku punya nasi goreng usa. Minum?”
“Teh limau ais 2.” Jawab Minah bagi pihak dirinya dan Nudia.
“Milo ais 2.” Jawab Ecah untuk dirinya dan Sabrina.
“Err… horlick ais.” Fazz bersuara kemudian kembali berceloteh dengan Sabrina.
“Kopi-o panas.” Ujar Mira.
“Fresh orange.” Sekali lagi Facriz dan Alis serentak bersuara.
Johan memandang kedua mereka.
“Korang ada chemistrylah. Taste sama.” Ujar Johan sambil menulis air untuknya pula.
Facriz memandang Alis yang tetap dengan permainan didalam telefonnya. Nudia tersengih memandang kedua mereka. Dia ada rancangan untuk mereka berdua.
“Nanti… Ahad ni, nak join pergi tengok movie? Dekat Alor Setar, nak ikut tak?”
Yang lain memandang Nudia. Bila masa pula mereka merancang untuk menonton wayang?
“Hmm… bolehlah kot.”
Sebelum aku pergi, izinkan aku untuk sebarkan cinta dalam hati mereka. Aku mungkin bukan malaikat tapi aku mahu melihat mereka bersama.
Nudia memandang Alis yang ketawa gembira bergurau dengan Talha. Alis tak pernah punya masalah untuk bercakap dengan mana-mana lelaki tetapi bila tiba masa berhadapan dengan Facriz, Alis jadi senyap.
“Sudahlah kau. Membongak je lebih. Jangan ingat aku nak percaya kat kau.” Ujar Alis kepada Talha.
“Betullah. Tok nenek aku asal Korea tau. Aku ni mix-blood.”
“Tak mau caya.”
Share this novel