BAB 2

Other Completed 2125

Dia memang rindukan teman-temannya. Mereka duduk satu rumah. Belajar dikelas yang sama dan mempunyai banyak persamaan. Seronok hidup dengan teman yang sekepala.

Mereka bertujuh keluar makan diwarung yang tak jauh dari rumah sewa mereka. Mereka berbual mengenai banyak perkara.

Alis yang mendengar hanya ketawa. Dia agak pendiam orangnya namun bila diberi bercakap, tak henti-henti pula nanti. Alis terdiam apabila terpandangkan seorang pemuda yang tak jauh dari mereka. Dia terus sahaja menundukkan wajahnya. Dia terasa mukanya merah.

“Kenapa ni?” Tanya Nudia yang perasan perubahan Alis. Dia memandang sekeliling. Dia terus tersenyum apabila terpandangkan pemuda tak jauh daripada mereka.

“Hai Facriz!” Tegur Nudia.

Alis terasa sangat kerdil. Dia rasa seperti mahu menyorok dibawah meja ketika itu. Facriz dan temannya mendapatkan Nudia.

“Hai semua. Gembira nampaknya.”

“As usual. Makan jugak ke?”

“Yup.”

“Join us.”

Alis menendang kaki Nudia namun Nudia buat tak tahu sahaja.

“Okey.” Ujar Facriz sambil menarik meja supaya bersambung dengan meja Nudia. Facriz duduk disebelah Nudia dan berhadapan dengan Alis.

“Sem depan korang praktikal kan?” Tanya Facriz sambil memandang Alis yang tunduk bermain permainan didalam telefonnya. Dia tak mampu bertentang muka dengan Facriz langsung.

“Yeah.”

“Dah cari tempat praktikal?” Tanya Johan pula.

“Belum lagi. Tunggu briefing.” Jawab Faznie yang lebih selesa dipanggil Fazz.

“Owh… okey. Alis, awak sihat?” Tanya Facriz.

“Hmmphh…” Hanya itu sahaja yang mampu dijawab Alis. Dia terasa jantungnya bagai mahu tercabut waktu itu.

“Lama tak jumpa awak.”

“Hmmphh…”

“Err… dah order makan ke?”

“Belum…” Pantas sahaja Sabrina bersuara. Maklumlah dah lapar tahap kebulur.

“Waiter sibuk sekejap.”

Johan, teman Facriz mencapai kertas dan pen.

“Ini memudahkan kerja waiter. korang nak makan apa? Makanan dulu.”

“Kuetiaw sup satu.”

“Tom yam ayam.”

“Nasi goreng pataya.”

“Nasi goreng kampung.”

“Nasi paprik.”

“Err… Nasi goreng kampung jugaklah.”

“Nasi goreng cina.” Ujar Facriz dan Alis serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience